1 maut, 2 cedera dalam nahas berdekatan Patro Kampung Gajah
1 maut, 2 cedera dalam nahas berdekatan Patro Kampung Gajah
PASIR SALAK: Seorang lelaki warga tempatan maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Sungai Galah-Tanjung Tualang, berhampiran Patro Kampung Gajah, dekat sini, petang tadi.
Difahamkan, nahas berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila sebuah trak pikap Isuzu Dmax yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta Proton Iswara yang dinaiki dua lelaki tempatan di lorong bertentangan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.41 petang.
“Setiba di lokasi, pemandu Proton Iswara didapati tersepit di dalam kenderaannya yang remuk dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Penumpang kereta berkenaan parah pada anggota tubuh manakala pemandu Isuzu Dmax turut cedera,” katanya.
Jurucakap itu berkata, mangsa yang tersepit dibawa keluar menggunakan peralatan khas.
Katanya, kedua-dua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Changkat Melintang, manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, operasi menyelamat ditamatkan jam 5.24 petang tadi.
1 maut, 2 cedera dalam nahas berdekatan Patro Kampung Gajah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DS Zahid Mesti Mendedahkan Segalanya Dalam Ucapan Dasar Presiden, Bukan Membawa Kisah Hikayat 1001 Malam Atau Syair Siti Zubaidah
- Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?
- Grobok Salai Negeri Sembilan
- Port Makan Terbaik Berdekatan Dengkil, Sepang, Bangi, Putrajaya & Cyberjaya