Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO
Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga merupakan ahli parlimen Pengerang, Azalina Othman Said, dijangka akan menentang Dr Noraini untuk jawatan Ketua Wanita UMNO.
Sumber memaklumkan kepada penulis, keputusan Azalina itu adalah di atas desakan yang kuat dari akar umbi.
Desakan yang kuat dari mejoriti perwakilan, terutamanya Wanita UMNO di seluruh negara.
Akar umbi merasakan dalam menghadapi cabaran dan memulihkan maruah parti yang tercalar teruk akibat kekalahan di PRU 15.
Azalina dilihat lebih berkemampuan berbanding Dr Noraini.
Bukan menolak secara total kepimpinan Dr Noraini, tetapi kepimpinan yang terlalu ‘makcik-makcik’ sudah tidak lagi relevan untuk menghadapi cabaran di era ini.
Untuk rekod, Azalina merupakan mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang pertama.
Di era kepimpinan Azalina, Puteri UMNO dilihat telah menjadi sayap UMNO yang cukup agresif dan berpengaruh di dalam UMNO.
Azalina juga dikatakan mendapat sokongan padu dari Wanita yang sebelum ini dihasilkan dari kilang Puteri UMNO di era kepimpinan Azalina.
Sumber juga memaklumkan, penolakan akar umbi terhadap Dr Noraini adalah kerana beliau dilihat terlalu ‘play save’ sejak UMNO kehilangan kuasa pada tahun 2018.
Dr Noraini juga dikatakan beberapa kali telah mengambil keputusan yang bertentangan dengan keputusan parti.
Beliau juga dikatakan gagal membawa suara Wanita UMNO di kepimpinan akar umbi ke peringkat pusat.
Azalina sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO di era kepimpinan Shahrizat Jalil.
Namun beliau membatalkan hasrat tersebut setelah akur dengan nasihat kepimpinan tertinggi parti ketika itu.
Baca di sini:
https://peraktoday.com.my/2013/09/azalina-tarik-diri-bertanding-ketua-wanita-umno/
Majoriti perwakilan yakin, sekiranya Azalina berjaya merampas jawatan Ketua Wanita UMNO, pergerakan tersebut akan mendapat nafas baharu dalam perjuangan mereka.
Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO
Di Syorkan Untuk Anda:
- Muhyiddin Tuduh PH Dan BN Melakukan Pembunuhan Karektor
- BN Dan PH Mesti Berusaha Untuk Memupuk Kerjasama Kerajaan Perpaduan Di Peringkat Akar Umbi
- Pemilihan UMNO: Hishamuddin Dan Khairy Hanya Sekadar ‘Diversion’ Untuk Melindungi Pencabar Zahid