Mayat lelaki reput ditemui dalam guni

KLANG: Satu mayat lelaki ditemui berbungkus dalam guna di tepi jalan di Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Aman Perdana, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata polis menerima panggilan orang awam yang menemui mayat terbabit kira-kira jam 6.10 petang semalam.

“Siasatan awal dijalankan mendapati, mayat mulai mereput ditemui berbungkus di dalam guni putih.



“Siasatan juga mendapati, mayat tanpa identiti itu hanya memakai kain sarung berwarna biru tanpa berbaju.

“Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kes terbabit menghubungi Pegawai Penyiasat, You Swee Leong (012-4071452) atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara (03-3291222) atau balai polis berhampiran.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading