Jorge Martin terpantas, jentera Espargaro terbakar

Jorge Martin terpantas, jentera Espargaro terbakar

Jorge Martin terpantas, jentera Espargaro terbakar
MARTIN berjaya mencatat masa sepusingan terpantas bawah dua minit selepas menamatkan sesi latihan sebelah pagi dengan catatan satu minit 59.513s di SIC hari ini.

SEPANG – Jorge Martin melaungkan amaran kepada pesaingnya selepas pelumba Prima Pramac Racing itu muncul terpantas ketika mengetuai sesi latihan bebas pertama Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pagi tadi.

Martin antara tiga pelumba yang berjaya mencatat masa sepusingan terpantas bawah dua minit selepas menamatkan sesi itu dengan catatan satu minit 59.513s saat dan diekori rapat pelumba Gresini Racing, Alex Marquez di tempat kedua dengan catatan masa satu 1:59.5620s.

Juara GP Australia, Johann Zarco turut mengganas apabila mencatat masa ketiga terpantas pada sesi sebelah pagi dengan masa 1:59.914s. Sementara itu, Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) dilihat masih belum cukup panas apabila berada di kedudukan ke-15 dengan masa 2:00.888s.



Nasib berbeza menimpa pelumba Aprilia Racing, Aleix Espargaro apabila terjatuh hingga menyebabkan jentera RS-GP terbakar sebelum cepat dipadamkan marshal.

Walau bagaimanapun, sesi latihan tersebut tidak tertumpu kepada catatan masa keseluruhan tetapi mengenai penyesuaian pada jentera dan juga litar sebelum memulakan aksi sebenar pada sesi kelayakan nanti. -KOSMO! Online

Jorge Martin terpantas, jentera Espargaro terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button