Beg mewah Balenciaga macam beg plastik Tesco

PARIS: Jenama fesyen terkenal, Balenciaga menghasilkan rekaan beg kulit baharu bernilai 925 pound (RM5,113) sempena koleksi Musim Bunga 2022.

Bagaimanapun, pengenalan beg itu dikritik ramai kerana kelihatan saling tidak tumpah seperti beg plastik Tesco yang dihasilkan sejak 1980-an, lapor Daily Mail.


Aksesori buatan Itali itu dihasilkan daripada kulit anak lembu dengan tertera perkataan Balenciaga, penutup dan poket berzip di dalam.



Beg itu mempunyai tiga warna iaitu merah, putih dan jalur biru sama seperti beg plastik Tesco.

Beg plastik Tesco yang dahulunya diberikan secara percuma, kini dikenakan caj 10p (55 sen) kepada setiap pengguna.

Rekaan nostalgia yang ditiru oleh jenama mewah itu bagaimanapun tidak lagi digunakan oleh Tesco kerana menggantikannya dengan beg lebih mesra alam.

Menurut Balenciaga, reka bentuk itu adalah tafsiran moden terhadap penghasilan beg klasik.



Jenama itu diasaskan oleh seorang pereka fesyen Sepanyol, Cristobal Balenciaga sejak 1919 dan mempunyai ibu pejabat di Paris.

Sebelum ini, jenama itu pernah dikritik hebat kerana menghasilkan beg bernilai 1,365 pound (RM7,546) yang rekaannya hampir sama seperti beg plastik Ikea yang dijual pada harga 40p (RM2.20).

 

Utusan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading