Peluk Zahid, belum tentu Hamzah dapat kerusi Larut

 

Pada 2018, statistik pengundi berdaftar di P056 Larut ialah seramai 49,453 orang. Dato Seri Hamzah Zainuddin menang PRU14 atas tiket BN dengan majoriti 4,486 undi. 



Hamzah kemudiannya bertindak keluar UMNO dan menjadi wakil bebas sebelum menyertai PPBM pada tahun yang sama.

 

 



Kini, beliau merupakan Setiausaha Agung PPBM lantikan Muhyiddin Yassin selepas bekas SUA PPBM dipecat ekoran ‘Sheraton Move’.

Baru-baru ini tular foto beliau bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu majlis Hari Raya. 

Pemerhatian segelintir pemerhati politik yang cuba menafsir ‘bahasa tubuh’ Hamzah berpendapat beliau sedang mencari ‘nyawa politik’ apabila memeluk Zahid.

 



 

Untuk seorang ‘pelompat parti’ seperti Hamzah, beliau sedar sokongan ahli PPBM kepadanya bukanlah tulin. Ianya sekadar sokongan kepada jawatannya dalam parti.

Benar beliau berpengaruh sebagai Setiausaha Agung PPBM, namun berapa ramai ahli PPBM yang akan menyokongnya jika Hamzah mahu mempertahankan kerusi P056 Larut pada PRU15?



 

 

 



Berapa ramai ahli PPBM didalam Parlimen Larut? Untuk menang kerusi tersebut, Hamzah memerlukan lebih 50,000 undi bagi mengatasi saingannya kelak. Persoalannya, mampukah beliau memperolehi angka sebesar itu jika berdepan dengan UMNO pula?

Apa yang diperhatikan pemerhati politik, apabila Hamzah memeluk Zahid, itu adalah isyarat untuk meminta ihsan dari UMNO untuk tidak meletakkan calon di kerusi P056 Larut.

 



Perkara tersebut amat mustahil untuk berlaku memandangkan Zahid telah menyatakan BN akan bertanding di semua 222 kerusi Parlimen.

Ini akan menyukarkan peluang Hamzah untuk terus kekal sebagai Setiausaha Agung PPBM jika kalah dalam PRU15 malah jawatannya sebagai Menteri KDN akan berisiko.

Untuk mencari kawasan baru, agak sukar untuk Hamzah melakukannya. Beliau tahu karier politiknya akan berakhir jika kalah kepada BN dalam PRU.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, sesuatu perlu dilakukan dengan segera. UMNO perlu dipujuk agar memberi laluan kepadanya dan Zahid perlu diyakinkan untuk berbuat demikian.

Hamzah Zainuddin bakal tukar kerusi parlimen?

 

 

 

 

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading