Netizen Teruja Tengok Muhammad Bilal Dah Pandai Berjalan

Usia Belum Genap Setahun, ‘Boleh Tambah Adik Ya’

Meskipun umurnya belum genap setahun tetapi anak kepada pengacara dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Muhamad Bilal sudah pandai berjalan. Wah, badan Bilal dah tegap!

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Nur NLFH, memaparkan anak kepada pengacara itu masih berada dalam fasa ‘baru dapat kaki’.

Bukan itu sahaja, kelihatan Bilal cuba untuk menaiki climber untuk pertama kali. Meskipun saiz climber agak besar, namun Bilal berjaya naik di peringkat paling tinggi dengan pemantauan orang tuanya.



Di video yang lain, Bilal dilihat begitu teruja ‘meneroka’ taman permainan indoor. Malah, si cilik itu turut berjalan dengan laju dan mendekati pelbagai mainan di sana.

Walaupun usianya masih belum mencecah setahun lagi, namun badan Bilal sudah tegap serta mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa pun.

 

 



@seorangnur MasyaAllah Bilal 😍 Dah besar dah budak tecik comel ni 🥹 #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ original sound – ʟᴜɴᴀ. – Rachel Verns Official

‘Dah boleh tambah adik ya Bilal’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut anak kepada Neelofa dan PU Riz sudah pandai berjalan. Malah, ada juga di antara mereka yang terhibur melihat tag nama di bahagian belakang Bilal.

Sumber : seorangnur



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button