YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PEMIMPIN UMNO DAN DAP

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap pimpinan kanan parti UMNO dan DAP di Istana Negara, hari ini (9 April).

Pemimpin yang hadir mengadap Seri Paduka Baginda ialah YB Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO; YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka; Timbalan Setiausaha Agung DAP, YB Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda bertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.



“Saya ingin menasihati semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan. Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni,” titah Sultan Ibrahim.

“Saya berharap pemimpin politik tidak ekstrim dalam memberikan pandangan tentang isu-isu agama dan perkauman. Bukan hanya UMNO dan DAP, tetapi juga semua parti. Pemimpin mesti menjadi jambatan atau penghubung antara rakyat majmuk negara kita dengan contoh perilaku yang matang.”

“Kejadian baru-baru ini sepatutnya membuka mata semua pihak bahawa semua lapisan rakyat mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan negara. Perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sejagat Malaysia. Menjelang Hari Raya yang mulia ini, bermaaf-maafanlah antara satu sama lain dan buka lembaran baharu,” titah Seri Paduka Baginda.



#YDPAgong

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button