PRN SABAH – KEBANGKITAN ANAK MUDA KOTA BELUD KEMBALI KEPADA BN [video]

ANAK MUDA KOTA BELUD BANGKIT MENENTANG WARISAN-PH

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=x1CVLfu-hds[/embedyt]
Anak muda lambang kebanggaan Negara, membina sebuah peradaban yang megah kukuh berdiri sudah semestinya ditunjangi oleh generasi muda yang bersemangat juang yang tinggi. Mungkin ada ketikanya mereka kalah, ada ketikanya mereka terperangkap dengan percaturan yang dimainkan.



Harus dingatkan bahawa jiwa anak muda sentiasa peka dengan persekitaran politik semasa, mereka melihat, berfikir dan bertindak atas kesilapan silam yang mereka lakukan.

Mana mungkin mereka akan terperangkap untuk kali keduanya. Begitu juga dengan senario politik dimana kekuatan anak muda didambakan untuk memastikan jentera jentera perjuangan diteruskan untuk masa akan datang.



PRU14 yang lalu anak muda telah dijanjikan dengan bermacam macam bantuan oleh kerajaan terdahulu terutama Warisan. Namun semuanya bagaikan mimpi di angin lalu. Anak muda tertipu dengan janji kerajaan terdahulu.

Anak muda yang mengundi PH-Warisan dalam PRU14 jelas telah ditipu apabila banyak janji ditawarkan namun tidak ditunaikan, perkara yang lebih teruk apabila kemudahan untuk anak muda yang disediakan kerajaan terdahulu turut ditarik. 





PRN Sabah kini telah menunjukkan bahawa anak muda dalam misi ‘Ubah Balik” telah mula menunjukkan sokongan kepada parti Barisan Nasional, walaupun masih ada lagi yang mahu ditipu dan tidak mahu berubah. Amat mengejutkan peratusan sudah mula menunjukkan gerakan positif dari anak muda, ianya seakan gerakan mengubah kesilapan mereka yang lalu.

Setengah daripada mereka tanpa disuruh, tanpa diupah, tanpa dijemput telah bersama sama melakukan kerja kempen secara senyap dan ada diantara mereka membantu dalam bilik gerakan Barisan Nasional. Jika mereka tidak berkesempatan waktu siang, mereka akan menyumbang tenaga pada malamnya.



Anak muda Sabah terutama di Kota Belud sudah menunjukkan gerakannya. Begitu juga dibeberapa tempat yang lain. Pada kali ini mereka mahu “Ubah Balik” kepada sebuah kerajaan yang dahulunya banyak membantu mereka dalam banyak perkara iaitu kerajaan Barisan Nasional.

Menurut sumber, banyak PDM yang telah mendapat suntikan dari anak muda yang telah sedar kesilapan yang lalu. Anak muda Sabah bangkit kini, Bangkitnya mereka untuk menentang kerajaan yang memomokkan mereka dengan janji palsu.

Ubah Balik !!! Itu antara laungan yang bergema apabila mereka bersama sama berkumpul dan berjanji akan terus memastikan undi mereka untuk Barisan Nasional.

Para Mahasiswa juga sudah menyatakan tekad untuk “Ubah Balik” pada PRN Sabah pada kali ini. Mereka sudah tidak mahu tertipu lagi dengan janji manis kerajaan 22 bulan serta sekutunya.



Mereka masih ingat lagi harapan dan janji-janji manis yang diberikan kepada mereka berkenaan PTPTN di mana mendapati anak muda mengakui pada ketika itu mereka terjebak dengan janji tidak perlu membayar PTPTN. Namun hanya angan angan kosong sahaja sebaliknya mereka ditekan dengan lebih teruk ketika PH memerintah.

Mahasiswa sudah bangkit !! Anak muda Sabah sudah bangkit !! Mereka bangkit menentang kerajaan 22 bulan yang hanya pandai beretorika dalam politik dan bukan berjuang untuk rakyat.

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU



UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading