Letupan gudang mercun: Mercun 1 tan dirampas

Letupan gudang mercun: Mercun 1 tan dirampas

Letupan gudang mercun: Mercun 1 tan dirampas
KEADAAN di tempat kejadian di Narathiwat. FOTO AFP

Narathiwat: Pihak berkuasa Thailand merampas sekitar satu tan bunga api dan mercun dari dua premis milik pemilik sebuah gudang yang meletup di wilayah Narathiwat di selatan Thailand pada Sabtu lalu, yang menyebabkan 12 orang terbunuh dan lebih daripada 100 orang cedera.

Ketua Siasatan Jenayah Narathiwat, Kolonel Polis Niyom Suwannakong berkata kedua-dua premis itu terdiri daripada sebuah rumah dan sebuah kedai yang berada kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

“Pihak berkuasa menemui sejumlah 44 kotak dan 20 karung bunga api dan mercun yang beratnya lebih kurang satu tan di kedua-dua premis itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Letupan itu, dipercayai disebabkan oleh percikan api kimpalan, menghancurkan lebih daripada 200 buah rumah dan kedai, serta 15 kenderaan.



Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak 100 juta baht (sekitar RM13.29 juta).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Dedahkan Hadi Awang Menipu Waktu Berada Di Mekah!!!

Media tempatan melaporkan bahawa gudang itu didakwa digunakan untuk menyimpan bunga api tanpa kebenaran.

Ketua Polis Narathiwat, Pol Maj Jen Chalermporn Khamkhiew, menyatakan bahawa pihak polis “tidak melihat sebarang lesen jualan dan pemilikan bunga api.”

“Kami anggap kilang itu tidak mempunyai lesen,” katanya yang dikutip oleh Bangkok Post.

Sehingga hari ini, pemilik gudang masih belum muncul untuk memberikan sebarang kenyataan kepada polis kerana beliau bercuti di Malaysia.



Letupan besar itu menjejaskan rumah dan kedai dalam lingkungan jarak 1 kilometer. Letupan itu menyebabkan dua kawah besar yang masing-masing berkedalaman sekitar 2 meter dan lebar 6 meter.

Letupan gudang mercun: Mercun 1 tan dirampas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button