MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan

Pada 5 November 1970, Yayasan Selangor telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee) tanpa modal saham.

Penubuhan Yayasan Selangor telah digerakkan oleh Menteri Besar Selangor ketika itu, Allahyarham Dato’ Harun Idris.

Tujuan penubuhan Yayasan Selangor adalah untuk memberi bantuan kepada orang Melayu yang berpendapatan rendah dalam bidang pendidikan.



Sejak penubuhan Yayasan Selangor lebih 5 dekad yang lalu, telah ribuan cendekiawan Melayu dilahirkan hasil tajaan dari yayasan tersebut.

Bukan sedikit jasa Yayasan Selangor kepada anak bangsa Melayu, terutamanya anak jati negeri Selangor.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Namun begitu, penulis sangat terkejut apabila Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, mendedahkan pernah ada usaha untuk mengharamkan Yayasan Selangor.

Usaha tersebut dilakukan sendiri oleh ahli politik yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Menurut Amirudin, ianya dilakukan semata-mata kerana Azmin tidak puas hati kerana tidak dapat meletakkan kroni beliau sebagai Pengerusi Yayasan Selangor.

Sekiranya apa yang didedahkan oleh Amirudin itu benar, amat malang sekali bangsa Melayu kerana mempunyai seorang ahli politik yang hanya tahu mementingkan diri sendiri.



Sanggup memusnahkan Yayasan Selangor yang begitu banyak jasanya kepada anak bangsa Melayu di Selangor.

Inilah sikap pemimpin yang akan memusnahkan negara dan bangsa Melayu.

Ketika mahu mendapatkan sokongan, perkataan membela nasib bangsa Melayu tidak pernah lekang dari mulut mereka.

Namun selepas mendapat kuasa, masa hadapan bangsa Melayu sanggup dimusnahkan apabila kehendak peribadi tidak dipenuhi.



Tidak ada bezanya antara Azmin, Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Azmin pernah berusaha untuk mengharamkan Yayasan Selangor dan Dr Mahathir serta Muhyiddin pernah berusaha untuk mengharamkan UMNO.

Apakah bangsa Melayu akan terus berikan sokongan dan kuasa kepada mereka?

 



MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading