Badrol Bakhtiar Patut Di Kasihani, Bukan Di Kecam

Badrul Bakhtiar Patut Di Kasihani, Bukan Di Kecam

Badrol Bakhtiar Patut Di Kasihani, Bukan Di Kecam

Banyak pihak tersenyum sinis apabila bekas kapten bolasepak Kedah, Badrol Bakhtiar diumumkan sebagai calun DUN Gurun dalam PRN Kedah.

Bukan keputusan beliau untuk bertanding yang menjadi sindiran ramai, tetapi persediaan beliau untuk menjadi ahli politik yang menimbulkan persoalan.

Tidak dapat dinafikan, Badrol mempunyai nama yang cukup besar dalam dunia bolasepak, terutamanya di Kedah.



Tetapi, dunia politik adalah sangat berbeza dengan dunia bolasepak.

Dalam bolasepak, sebagai kapten, Badrol akan memimpin rakan sepasukan beliau dalam masa hanya 90 minit.

Tetapi, dalam dunia politik, sekiranya menang dalam pilihanraya, Badrol bertanggungjawab untuk memimpin kehidupan rakyat untuk tempoh 5 tahun.

Sudahkah beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab dan amanah tersebut?



@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Dari jawapan yang Badrol berikan kepada wartawan di hari penamaan calun, jelas menunjukkan Badrol masih terlalu mentah untuk menjadi ahli politik.

Manifesto adalah janji ahli politik kepada rakyat yang dijadikan sebagai magnet untuk menarik sokongan rakyat.



Dalam pilihanraya, rakyat mempunyai pilihan untuk memberikan undi kepada calun yang mampu memberikan keyakinan dan pengharapan kepada mereka.

Manifesto digunakan untuk memberi tahu rakyat, mengapa rakyat mesti mengundi calun tersebut dan bukannya calun yang lain.

Ibarat seorang jurujual, sudah pasti untuk memikat pembeli, jurujual akan menerangkan kelebihan produk beliau berbanding produk lain yang berada di pasaran.

Tidak ada pembeli yang akan membeli sesuatu produk tanpa mengetahui kelebihan produk tersebut berbanding produk yang lain.



Itulah yang dikatakan manifesto di dalam pilihanraya.

Tidak pernah ada calun atau parti yang bertanding akan merahsiakan manifesto mereka.

Populariti Badrol Bakhtiar Di Peralatkan

Namun dari satu sudut, penulis bersimpati dengan Badrol.

Sebagai muka baharu dalam dunia politik, ternyata populariti beliau dalam dunia bolasepak telah diambil kesempatan oleh Perikatan Nasional (PN).



Sangat jelas, memenangi pilihanraya untuk membantu dan memajukan rakyat bukan agenda utama PN.

Yang penting bagi PN, adalah menang pilihanraya untuk mendapatkan kuasa.

Sama ada calun yang dikemukakan itu benar-benar mampu memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, bagi PN, tidak menjadi keutamaan.

Tetapi kesalahan tidak boleh diletakkan kepada PN sahaja.



Kalau Badrol sendiri tidak mengizinkan diri beliau diperalatkan, sudah tentu tidak ada siapa yang akan memaksa.

Sudah banyak peringatan diberikan oleh pemerhati politik, tapi tidak dihiraukan.

Kalau bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.

 

Badrol Bakhtiar Patut Di Kasihani, Bukan Di Kecam

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading