NATO jangka lebih banyak senjata berat dihantar ke Ukraine
NATO jangka lebih banyak senjata berat dihantar ke Ukraine
BRUSSELS: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg memuji ikrar sekutu Barat untuk menghantar bekalan senjata berat ke Ukraine.Lapor Al Jazeera, ketua pakatan pertahanan itu berkata, beliau menjangkakan lebih banyak lagi senjata berat akan dihantar ke negara itu dalam masa terdekat.
“Ikrar dibuat baru-baru ini mengenai bekalan senjata berat perang dilihat amat penting dan saya menjangkakan lebih banyak lagi dalam masa terdekat,” katanya kepada akhbar Handelsblatt.
Stoltenberg membuat kenyataan itu sehari selepas siri serangan di seluruh Ukraine sekali lagi menyasarkan infrastruktur penting dan mengakibatkan seramai 30 orang terkorban apabila sebuah bangunan kediaman dibedil di bandar Dnipro.
Kenyataan itu dikeluarkan menjelang mesyuarat diadakan Jumaat ini membabitkan pegawai dari Kumpulan Hubungan Pertahanan Ukraine yang menyelaras bekalan senjata ke Kyiv.
Ketika ditanya sama ada Jerman juga harus membekalkan senjata berat kepada Ukraine, Stoltenberg berkata, ketika ini, pihaknya berada pada fasa penentu dalam peperangan.
“Kita sedang berdepan pertempuran yang sengit. Justeru, adalah penting kita menyediakan bekalan senjata diperlukan Ukraine untuk menang,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tommy Thomas , jika benar ada kes salah laku kenapa kritik Zahid arah siasat?
- “Pemikiran politik harus berubah” – Prof Dr Siva
- “Kalah media sosial kita akan kalah pilihan raya” – Isham Jalil
Sabtu lalu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menggesa lebih banyak senjata berat dari Barat dibekalkan, dengan menegaskan `pertempuran’ Russia hanya boleh dihentikan di medan perang.
Pemimpin itu berkata demikian selepas Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berikrar untuk menyediakan kereta kebal Challenger 2 ke Ukraine, menjadikannya negara Barat pertama yang membekalkan kereta kebal berat ke Kyiv.
Poland dan Finland juga menyatakan kesediaan untuk membekalkan kereta kebal Leopard 2 buatan Jerman kepada Ukraine, sekaligus meningkatkan tekanan terhadap Canselor Olaf Schilz dan kerajaan pimpinannya.
NATO jangka lebih banyak senjata berat dihantar ke Ukraine
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pasca PAU2022, kejutan bakal berlaku Jumaat?
- Perancangan Baru Untuk Gulingkan Zahid
- Ismail Sabri Dulu Kini Dan Selamanya Akan Berperangai Seperti Ismail Sabri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :