Ronaldo ketuai aksi persahabatan menentang Messi

LONDON: Cristiano Ronaldo akan bermain buat kali pertama di Arab Saudi sejak menyertai Al Nassr apabila dinamakan kapten bagi perlawanan pertunjukan Riyadh ST XI menentang kelab disertai Lionel Messi, Paris St Germain, umum pegawai hari ini.

Bintang Portugal berusia 37 tahun itu akan mengetuai pasukan daripada kelab Arab Saudi, Al Hilal dan Al Nassr menentang PSG yang akan menjadi antara pertarungan terbaharu membabitkan perseteruan bola sepak global paling dinantikan.

Barisana pemain termasuk bintang antarabangsa Arab Saudi, Salem Al-Dawsari, yang meledak gol ketika menang aksi kumpulan mengatasi Argentina pada Piala Dunia selain Saud Abdulhamid.

Perlawanan paling dinantikan itu dilaporkan sudah menerima permintaan tiket sebanyak 2 juta menerusi pembelian dalam talian dan akan berlangsung di Riyadh pada Khamis.

Bidaan untuk tiket VIP “Beyond Imagination” bagi perlawanan itu sudah mencecah 10 juta riyal dalam lelongan akan berakhir hari ini.

Ronaldo terlepas dua aksi domestik buat Al Nassr kerana digantung perlawanan oleh Persatuan Bolasepak England kerana menjatuhkan telefon bimbit seorang peminat pada April.

Penyerang Portugal itu tiba di kelab Arab itu awal bulan ini menerusi perjanjian hingga 2025.

REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker