Maut selepas tak sempat keluar dari jentera ditimbus tanah liat

Oleh – Syeikh Baran


Maut selepas tak sempat keluar dari jentera ditimbus tanah liat
Keadaan dua jentera pengorek tersebut

Seorang pekerja yang maut di sebuah kawasan lombong di Sungai Kelambu, Banting di sini, dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas jentera pengorek dipandunya tertimbus tanah liat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan pihaknya mendapati insiden tanah runtuh menimpa lelaki berusia 38 tahun itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari.



Kata beliau, ketika kejadian terdapat dua jentera pengorek telah dihimpit tanah liat sebelum tertimbus dalam runtuhan berkenaan.

“Salah seorang pemandu jentera itu berjaya keluar manakala mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.

“Pihak bomba kemudian mengeluarkan mangsa daripada runtuhan itu kira-kira pukul 1.45 petang tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ahmad Ridhwan, pasukan perubatan dari Hospital Banting mengesahkan pekerja lombong itu meninggal dunia di tempat kejadian.



“Siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan. Kes berkenaan diklafikasikan sebagai kematian mengejut akibat kemalangan di tempat kerja,” ujarnya.

Sumber – KOSMO!ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button