Jururawat di England lancar mogok tuntut kenaikan gaji



LONDON: Jururawat di England memulakan mogok dua hari bagi menuntut kenaikan gaji ketika pegawai memberi amaran mengenai gangguan membabitkan ribuan pesakit dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan United Kingdom (UK).

Disember lalu, kumpulan jururawat itu sudah mengadakan mogok dengan kesatuan mereka mengancam untuk meningkatkan protes mengenai gaji, menyertai gelombang tindakan industri oleh pekerja sektor awam yang dilanda krisis kos sara hidup.

Kesatuan jururawat menuduh pihak kerajaan gagal berunding secara serius untuk menambah baik perjanjian gaji mereka untuk tahun semasa.

Tindakan mogok terbaharu itu menambah tekanan kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) yang dibiayai kerajaan pada ketika permintaan tertinggi serta senarai menunggu yang panjang untuk rawatan.



“Tindakan industri yang tidak dapat dielakkan akan memberi kesan kepada pesakit,” kata Menteri Kesihatan, Steve Barclay.

Mogok dua hari oleh jururawat di England dan Wales pada Disember lalu menyebabkan pembatalan sekitar 30,000 prosedur elektif dan temujanji pesakit luar, kata Barclay.

“Pesakit akan bimbang dengan prospek tindakan mogok selanjutnya oleh jururawat,” tambahnya.

Tinjauan YouGov pada Selasa lalu mendapati 63 peratus menyokong mogok jururawat.



Bagaimanapun, jurucakap rasmi Perdana Menteri Rishi Sunak dilaporkan berkata, tindakan itu adalah tidak betul.

“Kami terus menyeru kesatuan sekerja untuk keluar daripada barisan mogok dan meneruskan perbincangan,” katanya.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker