Indonesia bakal jadi negara pengeluar bateri litium ketiga terbesar dunia

Indonesia bakal jadi negara pengeluar bateri litium ketiga terbesar dunia

Indonesia bakal jadi negara pengeluar bateri litium ketiga terbesar dunia
JOKOWI merasmikan kilang penghasilan kenderaan elektrik dan bateri litium di Jawa Barat tahun lalu.-AGENSI

JAKARTA: Indonesia bakal menjadi negara pengeluar bateri litium dan kenderaan elektrik ketiga terbesar di dunia menjelang tahun 2027.

Menteri Koordinasi Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan berkata, perkara itu dapat direalisasikan selepas pengeluar bateri elektrik dari China, Contemporary Amperex Technology Co. Limited (CATL) menandatangani perjanjian pelaburan dengan Mind ID Isnin lalu.

“Jika usaha berjalan mengikut perancangan, pengeluaran bateri litium pertama kami bermula pada 2025.



“Pada tahun 2027, kami mungkin akan menjadi salah satu daripada tiga negara terbesar di dunia yang menghasilkan bateri litium, termasuk kereta elektrik (EV),” katanya ketika menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kebangsaan Forkopimda secara maya kelmarin.

Menurut Luhut, eksport Indonesia sejak tahun 2017 dan 2018 masih bergantung kepada keluli besi namun pada 2021 negara itu mula melakukan transformasi menghasilkan bateri litium untuk kenderaan elektrik.

“Nampaknya angka eksport kami meningkat dengan sangat baik tahun ini, hampir AS$11 bilion (RM47.6 bilion) ditambah dengan peningkatan dalam industri hiliran.

“Jadi, apabila kita berubah kepada industri bateri litium, saya fikir jumlah ini akan menjadi lebih hebat,” jelasnya.



Bagi mempercepatkan realisasi pelaburan dalam industri hiliran, tumpuan diberikan kepada pemberian permit dan kemudahan pengecualian cukai dan Luhut turut meminta kerajaan tempatan memudahkan proses perlesenan bagi industri tersebut.-AGENSI

“Johor Bakal Pengeluar Utama Tenaga Solar Asia Tenggara” – Sultan Ibrahim

Indonesia bakal jadi negara pengeluar bateri litium ketiga terbesar dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button