Puteri Sarah – Saya Harap Boleh Pergi Umrah Dengan Tenang
Pulang Mulakan Hidup Baru Bersama Anak-Anak
Puteri Sarah – Saya Harap Boleh Pergi Umrah Dengan Tenang
Pelakon Puteri Sarah mengharapkan dirinya dapat menunaikan umrah dengan tenang pada 26 Januari depan.
Isnin lalu, Puteri Sarah, 38, selesai memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
“Saya rasa lega kerana segala apa yang saya pertahankan apa semua, saya boleh cakap telah buat yang terbaik untuk mempertahankan.
“Tapi nampaknya jodoh sampai sini sahaja. Jadi bagilah saya pergi umrah dengan tenang.
“Saya hanya mahu fokus kepada ibadah sahaja. Tak mahu fikir lagi ada masalah yang tidak selesai. Masih rasa tak tenang atau tak terjawab.
“Semua sudah terjawab. Saya harap boleh pergi umrah dengan tenang dan pulang dengan mulakan hidup baru bersama anak-anak,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Andai Itu Takdirnya itu hadir ke mahkamah dengan ditemani dua adiknya.
Turut sama ialah peguam syarie yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.
Terdahulu sejak awal tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bualan selepas Puteri Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga.
Kemelut rumah tangga mereka kian hangat selepas Syamsul mendedahkan sudah bernikah di dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan yang juga pelakon senior, Kazar Saisi.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.
Puteri Sarah – Saya Harap Boleh Pergi Umrah Dengan Tenang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan -“Ke Mana Mahathir?“
- Bagaimana pula jika yang menipu status itu sang Hakim?