256 fosil telur dinosaur ditemukan di India
256 fosil telur dinosaur ditemukan di India
NEW DELHI: Sekumpulan ahli paleontologi berjaya menemukan sebuah tapak penetasan yang mengandungi sebanyak 256 fosil telur dinosaur di India.
Penemuan itu sekaligus menunjukkan haiwan purba gergasi itu kemungkinan besar pernah `bersarang bersama’ sepertimana dilakukan spesies burung moden yang lain.
Pasukan penyelidik di New Delhi menemukan tapak penetasan yang mempunyai 92 sarang dipercayai milik spesies titanosaur.
Tapak penetasan titanosaur itu ditemukan di daerah Dhar di Madhya Pradesh yang meliputi dari kawasan timur ke barat kira-kira 1,000 kilometer (km).
Malah, penemuan tapak penetasan itu juga merupakan antara terbesar pernah diketahui manusia dan memberi pandangan terbaharu mengenai spesies dinosaur itu.
Titanosaur tergolong dalam keluarga dinosaur yang memiliki leher panjang dan kategori herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan.
Spesies itu turut dikenali sebagai antara haiwan terbesar yang pernah hidup di muka bumi.
Sementara itu, ahli paleontologi dari jabatan geologi di Universiti Delhi, Guntupalli Prasad berkata, fosil telur dinosaur ditemukan itu mempunyai diameter antara 15 hingga 17 sentimeter (cm) dan dipercayai berasal daripada beberapa spesies titanosaur.
Katanya, kira-kira satu hingga 20 biji fosil telur dinosaur ditemukan dalam setiap sarang tersebut.
Malah, katanya, sebahagian besar sarang ditemukan dalam keadaan berdekatan.
“Penemuan itu turut mencadangkan spesies titanosaur bukan ibu bapa yang paling prihatin,” katanya.
Tapak penetasan itu merupakan sebahagian daripada Formasi Lameta iaitu pembentukan geologi di Lembah Narmada yang menempatkan banyak fosil telur dan rangka dinosaur dari akhir zaman Cretaceous. – AGENSI
256 fosil telur dinosaur ditemukan di India
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan -“Ke Mana Mahathir?“
- Bagaimana pula jika yang menipu status itu sang Hakim?
- Anwar Ibrahim masih melankolik, retorik politik
- Anwar Ibrahim harus henti bicara tentang rasuah jika Kes Zeti dan Nazlan pun tidak mampu buka.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.