Ibu muda dituduh bunuh bayi dengan tekup bantal di muka

Ibu muda dituduh bunuh bayi dengan tekup bantal di muka

Ibu muda dituduh bunuh bayi dengan tekup bantal di muka
Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas dakwaan membunuh anaknya berusia satu tahun enam bulan dengan menekup bantal di muka bayi berkenaan. – Foto NSTP/Aizuddin Saad

SEPANG: Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas dakwaan membunuh anaknya berusia satu tahun enam bulan dengan menekup bantal di muka bayi berkenaan.

Tertuduh, Umishahirah khalid, 20, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh dengan niat menyebabkan kematian ke atas anak lelakinya berusia satu tahun enam bulan antara 11 Januari kira-kira jam 5.25 petang hingga 12 Januari jam 11.30 pagi di sebuah kondominium di Vertex Tower, Cybersquare, Cyberjaya.



Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan, Nur Sabrina Zubairi di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman, manakala tertuduh diwakili peguam, Johan Radzi.

Nur Sabrina membuat permohonan kepada mahkamah di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan dan pemantauan mental.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau juga mencadangkan mahkamah menetapkan satu tarikh bagi sebutan serahan dokumen laporan forensik, kimia dan psikiatri hospital.



Mahkamah menetapkan 20 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes.

Semalam media melaporkan, seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan sehingga mati.

Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini, pada 12 Januari lalu.

Difahamkan, suspek bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.



Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilapor berkata, dalam keterangan awal suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.

Tompokan mani pada cadar, bantal jadi bukti Inspektor rogol juvana

 



Ibu muda dituduh bunuh bayi dengan tekup bantal di muka

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button