Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
Mantan Presdien Majlis Peguam Negara, Ambiga Sreenevasan dan pguam Siti Kassim, mempersoalkan adakah siasatan terhadap Tommy Thomas merupakan tuntutan UMNO?
Ambiga mendakwa kononnya merasa malu dengan cara membuang masa polis dalam menjalankan siasatan seperti itu.
“Sangat jelas kepada saya bahawa siasatan ini adalah salah satu tuntutan Umno kepada Pakatan Harapan (PH),” dakwanya.
“Saya ingin bertanya kepada kerajaan reformis PH, adakah ini salah satu tuntutan Umno berhubung penyiasatan Tommy Thomas?”.
“Adakah ia mempunyai kaitan dengan dakwaan terhadap beberapa pemimpin Umno?”.
“Dan saya ingin tahu daripada PH, apa lagi yang anda sudah berikan (kepada Umno)?” tambah Ambiga.
Sementara itu, Siti berkata bahawa dia bersetuju dengan semua yang dikatakan oleh Ambiga.
“Kami membuang masa kami, masa polis”.
“Apakah jenis kesalahan yang telah dilakukan?”.
“Ini cuba menyekat kebebasan bersuara kami”.
“Kami tidak boleh berkata apa-apa jika kami tak puas hati?”.
“Ini adalah sesuatu yang perlu dilihat oleh kerajaan sekarang”.
“Kami mesti bangkit menentang penyekatan hak ini,” katanya.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/652247
Tuduhan Ambiga Dan Siti Kassim Tidak Berasas
Bagi penulis, sebagai pengamal undang-undang, sepatutnya kedua mereka lebih arif atas alasan apa Tommy Thomas RCI ditubuhkan untuk siasat Tommy Thomas.
Malah ‘task force’ yang ditubuhkan di era Kerajaan Keluarga Malaysia juga sudah mengeluarkan kenyataan ada asas untuk membuat pendakwaan ke atas Tommy Thomas.
Baca di sini:
https://www.bheuu.gov.my/index.php/penerbitan/laporan-ppk
Apakah ada pemimpin UMNO yang menganggotai pasukan petugas khas tersebut?
Kes UKSB yang membabitkan DS Zahid serta AMLA serta tuntutan cukai LHDN yang membabitkan TS Shahrir Samad jelas membuktikan berlakunya pendakwaan terpilih dan tergesa-gesa.
Apakah hanya kerana Tommy Thomas berstatuskan mantan Peguam Negara maka beliau bebas dari dipertanggungjawaban atas salah laku beliau?
Siasatan ke atas Tommy Thomas adalah tuntutan perlembagaan dan bukannya sekadar tuntutan UMNO kepada Kerajaan Perpaduan.
Di manakah prinsip tidak ada siapa berada di atas undang-undang yang sering Ambiga dan Siti Kassim laungkan selama ini?
Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
Di Syorkan Untuk Anda:
- Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini
- Perdana Menteri Dedahkan Berlaku Ketirisan Perbelanjaan Kementerian Pertahanan, Nama Siapa Yang Bakal Naik
- Perancangan Baru Untuk Gulingkan Zahid