Rumah terbakar, dua beradik nyaris rentung

Rumah terbakar, dua beradik nyaris rentung

Rumah terbakar, dua beradik nyaris rentung
Anggota bomba memeriksa sisa kebakaran di sebuah kediaman di Residensi Warnasari, Bandar Puncak Alam, malam tadi. – Foto ihsan Bomba

KUALA SELANGOR: Dua beradik nyaris rentung selepas rumah mereka di Residensi Warnasari, Bandar Puncak Alam, di sini, terbakar malam tadi.

Mangsa berusia tujuh dan lapan tahun berjaya dikeluarkan pengawal keselamatan dan jiran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.33 malam.



Beliau berkata, sepasukan 19 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Sungai Buloh dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kebakaran membabitkan kabinet dan tilam di sebuah bilik kediaman terbabit.

“Api bagaimanapun berjaya dipadamkan pengawal keselamatan dengan alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norazam berkata, siasatan awal mendapati ibu bapa kanak-kanak itu tiada di rumah dipercayai keluar atas urusan mengambil anak jiran di Banting.



“Seorang sepupu mangsa kemudian terdengar bunyi letupan dan melihat api dari sebuah bilik di pangsapuri lima tingkat itu.

“Dia kemudian memanggil pengawal keselamatan untuk membantu mangsa yang berada di ruang tamu rumah itu,” katanya.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Pihak bomba juga melakukan pemeriksaan sisa api secara menyeluruh di seluruh kediaman itu.



“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.50 tengah malam,” katanya.

 

Masalah brek mungkin punca 3 nyaris lemas di tasik



Rumah terbakar, dua beradik nyaris rentung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button