Suri rumah rugi RM98,670 ditipu sindiket bantuan tidak wujud



Suri rumah rugi RM98,670 ditipu sindiket bantuan tidak wujud

Suri rumah rugi RM98,670 ditipu sindiket bantuan tidak wujud

ALOR GAJAH: Seorang suri rumah kerugian RM98,670 akibat diperdaya sindiket penipuan ‘bantuan prihatin’ bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata mangsa berusia 42 tahun itu menerima panggilan pada 25 Disember lalu daripada nombor tidak dikenali memperkenalkan diri dari ibu pejabat sebuah syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur.

Menurutnya, suspek menyatakan bahawa pengadu kononnya terpilih menerima bantuan prihatin dan mengarahkannya mengisi maklumat peribadi menerusi pautan diberikan.



Katanya, mangsa yang teruja dan tidak mengesyaki apa-apa menekan pautan terbabit dan mengisi butiran dikehendaki termasuk maklumat perbankan di satu laman web.

“Pengadu mengisikan maklumat termasuk ID pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian, tarikh luput kad ATM (mesin juruwang automatik) dan CVC kod belakang kad ATM miliknya.

“Selesai perbualan, pengadu membuat semakan dan terkejut mendapati wang simpanan di dalam akaun banknya sudah dipindahkan ke beberapa akaun tidak dikenali berjumlah RM98,670 menerusi lapan transaksi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Arshad berkata mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kelmarin.



“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Suri rumah rugi hampir RM100,000 diperdaya ‘parcel scam’

 

Suri rumah rugi RM98,670 ditipu sindiket bantuan tidak wujud

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker