Suri rumah rugi hampir RM100,000 diperdaya ‘parcel scam’

Suri rumah rugi hampir RM100,000 diperdaya ‘parcel scam’

Suri rumah rugi hampir RM100,000 diperdaya 'parcel scam'
Foto hiasan

KUANTAN: Seorang suri rumah kerugian RM98,999 akibat terpedaya dengan penipuan kiriman bungkusan tidak wujud atau ‘parcel scam’.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pada September lalu, mangsa berusia 40-an berkenalan dengan suspek melalui media sosial.

Katanya, selepas berkenalan beberapa hari, suspek memaklumkan menghantar hadiah sebagai tanda persahabatan kepada mangsa.



“Mangsa menerima pesanan ringkas daripada syarikat penghantaran barang yang memaklumkan bungkusan yang dikirimkan kepada mangsa disekat kerana mengandungi barangan berharga dan wang tunai.

“Berikutan itu, mangsa diminta membuat bayaran untuk melepaskan bungkusan terbabit.

“Mangsa kemudiannya membuat bayaran sebanyak RM98,999 dengan 14 kali transaksi dengan empat akaun bank yang berbeza.

“Akaun berbeza atas alasan bayaran itu adalah untuk pelepasan cukai, bayaran cukai SST, bayaran pengisytiharan harta, bayaran sijil antikeganasan dan bayaran pemindahan eksklusif.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Mangsa membuat bayaran itu menggunakan wang simpanan hasil perniagaan suaminya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kes terbabit, Ramli berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan kenalan melalui media sosial.

Katanya, jangan mudah terpedaya dengan tawaran bungkusan dan panggilan telefon, mesej dan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atau syarikat penghantaran yang menyatakan ada menerima parcel yang memerlukan bayaran dilakukan untuk membolehkan bungkusan itu dihantar ke alamat mangsa.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya jangan sesekali membenarkan akaun bank digunakan orang lain atau menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) kepada pihak lain untuk digunakan bagi apa saja urusan,” katanya.



Masa jadi suri rumah dilayan macam hamba

Suri rumah rugi hampir RM100,000 diperdaya ‘parcel scam’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 

Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button