Kunjungan berlibur ke taman tema air bertukar tragedi

Kunjungan berlibur ke taman tema air bertukar tragedi

Kunjungan berlibur ke taman tema air bertukar tragedi

ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, lemas ketika mandi-manda di sebuah taman tema air, di sini semalam.

Kanak-kanak terbabit, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata pihaknya menerima panggilan daripada bahagian kecemasan hospital pada jam 3.15 petang, memaklumkan menerima seorang pesakit kanak-kanak yang lemas dan tidak sedarkan diri.

“Hasil siasatan dilakukan mendapati, kejadian berlaku di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan yang berkedalaman kira-kira satu meter.

 

“Ketika kejadian berlaku, petugas taman tema air berkenaan sudah melakukan bantuan menyelamat dan kemudiannya membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.



Beliau berkata, mangsa dan keluarga yang datang dari Kota Tinggi, Johor, berkunjung ke taman tema air terbabit bersama komuniti tempat tinggal mereka.

“Dimaklumkan oleh pengerusi jawatankuasa program, mereka datang bersama 78 keluarga lain dan tiba kira-kira jam 11 pagi semalam sebelum melakukan riadah di taman tema air berkenaan.

“Komuniti itu dikatakan mengadakan program hanya sehari sahaja dan tidak bermalam,” katanya.

Mengulas lanjut Arshad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati sebab kematian kerana ‘Consistent with Drowning’.



“Siasatan setakat ini mendapati, tiada unsur jenayah dan kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Kumpulan Senario Buat Kemunculan – Tema Menarik

Kunjungan berlibur ke taman tema air bertukar tragedi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 



Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula

 

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading