Chris Hipkins calon tunggal PM New Zealand
Chris Hipkins calon tunggal PM New Zealand
AUCKLAND: Chris Hipkins yang berperanan penting dalam mendepani pandemik Covid-19 dalam negara bersedia untuk menggantikan Jacinda Ardern sebagai Perdana Menteri New Zealand selepas muncul sebagai calon tunggal untuk mengetuai Parti Buruh yang memerintah.
Menurut laporan Channel News Asia, Hipkins, 44, dijangka disahkan sebagai perdana menteri pada mesyuarat 64 Ahli Palimen Buruh hari ini.
Beliau berkata, pasukan yang dimilikinya adalah sangat kuat dan mereka melalui proses ini dengan perpaduan.
“Saya berasa sangat bertuah kerana dapat bekerja dengan kumpulan orang yang luar biasa yang mempunyai komitmen sebenar kepada perkhidmatan rakyat New Zealand,” kata Hipkins dalam sidang akhbar selepas parti itu mengumumkan beliau sebagai calon tunggal.
Hipkins dikatakan tidak akan membuat perancangan dan dasar-dasar baharu.
Hipkins berkata, beliau sudah bercakap dengan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menerusi ciapan Twitter dan kedua-duanya mempunyai perbincangan hangat.
Terdahulu, peletakan jawatan secara mengejut Ardern sebagai Perdana Menteri New Zealand Khamis lalu mencetuskan desakan supaya bangsa Maori pertama dilantik menjadi perdana menteri negara itu.
Sebelum ini, sekumpulan kecil komuniti berkenaan hanya muncul untuk jawatan tertinggi dalam Kabinet.
Selain Hipkins, dua lagi nama yang disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri New Zealand ialah Menteri Kehakiman yang juga seorang Ahli Parlimen Maori dari Parti Buruh, Kiri Allan, dan Menteri Imigresen, Michael Wood.
Chris Hipkins calon tunggal PM New Zealand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peguam Najib , TS Shafie bangkitkan isu pelanggaran undang undang dalam perbicaraan Najib.
- Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman
- Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
- Mahkamah khilaf bila peguam tarik diri kes Najib?