DBKL tutup 14 lagi premis niaga warga asing
DBKL tutup 14 lagi premis niaga warga asing
KUALA LUMPUR: Sejumlah 14 lagi premis perniagaan di sekitar ibu kota ditutup serta merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas dikesan dikendalikan warga asing.
Dalam pemeriksaan dijalankan petang semalam hingga malam tadi, penguat kuasa DBKL membuat semakan terhadap 20 pembantu dan pengendali premis perniagaan warga asing.
Susulan itu, arahan penutupan serta merta dilakukan terhadap 14 premis perniagaan mengikut Sekyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.
DBKL dalam kenyataannya, berkata dalam operasi semalam, Jabatan Penguatkuasaan mengambil tindakan khas terhadap premis yang terletak di sekitar Kenanga Wholesale City, Jalan Kenanga off Jalan Gelugor, Kuala Lumpur.
“Berdasarkan pemerhatian dan risikan penguat kuasa DBKL sejak minggu lalu, serbuan kedua dibuat secara mengejut terhadap 15 premis warga asing yang menjalankan perniagaan membabitkan pelbagai barangan am.
“Premis yang ditutup adalah perniagaan membabitkan aktiviti penjualan pakaian, tekstil dan alatan jahitan yang diuruskan warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar,” katanya.
DBKL berkata, dalam operasi itu 15 notis kompaun juga dikeluarkan kepada premis membabitkan lima notis Tiada Lesen Perniagaan dan 10 notis Lantik Pembantu Tiada Kebenaran menerusi Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan. Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.
“Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan terus kepada pemilik premis warga tempatan selepas ini bagi mengesyorkan penamatan ataupun pembatalan lesen perniagaan berikutan membenarkan warga asing mengendalikan aktiviti perniagaan mereka tanpa kebenaran sah.
“DBKL juga akan meneruskan lagi tindakan pemantauan dan risikan berterusan di semua lokasi tumpuan yang lain membabitkan aktiviti-aktiviti perniagaan dikendalikan oleh warga asing,” katanya.
DBKL tutup 14 lagi premis niaga warga asing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peguam Najib , TS Shafie bangkitkan isu pelanggaran undang undang dalam perbicaraan Najib.
- Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman
- Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
- Mahkamah khilaf bila peguam tarik diri kes Najib?