Hanya motosikal, kain sarung, selipar ditemukan di hujung jeti

Hanya motosikal, kain sarung, selipar ditemukan di hujung jeti

Hanya motosikal, kain sarung, selipar ditemukan di hujung jeti
Motosikal bersama beberapa barangan milik mangsa ditemukan di Jeti Awam Tanjung Sepat. – Foto ihsan Maritim Malaysia

PELABUHAN KLANG: Operasi mencari dan menyelamat seorang warga emas yang dipercayai terjatuh ke laut di Jeti Awam Tanjung Sepat, digerakkan selepas beberapa barangan miliknya ditemukan di kawasan terbabit semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar, berkata selain motosikal, turut ditemukan di kawasan hujung Jeti Awam Tanjung Sepat ialah pakaian iaitu kain sarung serta selipar milik mangsa.

Katanya, semua barangan itu ditemukan anak mangsa kira-kira jam 11 pagi semalam.



“Mangsa dikenali S Muniandy, 63, adalah warga tempatan dan dipercayai jatuh ke laut pada semalam berdasarkan penemuan semua barangan peribadi miliknya itu.

“Kali terakhir mangsa dilihat adalah memakai baju kemeja biru muda dan berseluar pendek warna coklat sebelum dia dilaporkan hilang,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia jam 7.30 malam tadi dengan mengatur gerak bot PERKASA 36.

Katanya, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga ditubuhkan di Jeti Maritim Awam Tanjung Sepat.



“Hari ini operasi disambung semula jam 7 pagi dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta komuniti nelayan setempat.

“Maritim Selangor juga menghantar bantuan di darat untuk pemantauan sekitar lokasi kejadian di pesisir pantai Tanjung Sepat,” katanya.

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Hanya motosikal, kain sarung, selipar ditemukan di hujung jeti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading