Puteri Sarah dituduh sondol boyfriend orang
Foto dengan MK punya fasal
Puteri Sarah dituduh sondol boyfriend orang

Bagaimanapun, ada juga menuduh Puteri Sarah sebagai penyondol memandangkan MK sudah pun mempunyai teman wanita sehingga menarik perhatian pelakon berkenaan.

Enggan berdiam diri dengan tuduhan yang dilemparkan, Sarah memberitahu jika dia mahu merampas kekasih orang, dia tidak akan berkongsi foto itu secara umum.
Malah, Sarah turut menjelaskan dia ditemani ibu dan pembantu peribadi sewaktu menghadiri konsert berkenaan.
“Oooo ini ke fake account yang merata cerita buruk fasal saya? Well, kalau nak menyondol dia tak tunjuk depan orang ramai dekat konsert.
“Untuk pengetahuan kamu, mak dan pembantu peribadi serta pengurus semua ada disebelah saya. Cuba lagi please,” katanya.

Untuk rekod, Sarah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Bagaimanapun, aktres berkenaan telah membuat permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes tersebut.
Puteri Sarah dituduh sondol boyfriend orang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan -“Ke Mana Mahathir?“
- Bagaimana pula jika yang menipu status itu sang Hakim?
- Anwar Ibrahim masih melankolik, retorik politik
- Anwar Ibrahim harus henti bicara tentang rasuah jika Kes Zeti dan Nazlan pun tidak mampu buka.