Bomba berjaya pujuk wanita mahu terjun bangunan

Bomba berjaya pujuk wanita mahu terjun bangunan

Bomba berjaya pujuk wanita mahu terjun bangunan
Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai cuba terjun daripada sebuah bangunan di Jalan Laiman Diki, Kampung Air, Kota Kinabalu, pagi tadi. – Foto ihsan bomba

KOTA KINABALU: Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk seorang wanita yang dipercayai cuba terjun dari sebuah bangunan di Jalan Laiman Diki, Kampung Air di sini, pagi tadi.

Difahamkan, wanita berusia lingkungan 30 tahun itu nekad bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan suaminya.

Ketika kejadian, suaminya turut berada di lokasi untuk memujuk mangsa.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.44 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika anggota bomba tiba, terdapat seorang wanita dipercayai cuba terjun dari sebuah bangunan setinggi kira-kira 10 meter.

“Anggota kemudian cuba memujuk mangsa dan kira-kira 10 minit kemudian wanita itu berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.



Beliau berkata, anggotanya kemudian menurunkan mangsa dalam keadaan selamat.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat jam 10.06 pagi,” katanya.

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Bomba berjaya pujuk wanita mahu terjun bangunan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button