Fikry Ibrahim Solat Jumaat Di Thailand
Undang Respon Lucu Netizen!
Pelakon, Fikry Ibrahim sering memuatnaik video-video suntingan yang menarik di media sosialnya terutama di TikTok. Salah satu video yang dimuatnaik pelakon ini mencuri perhatian ramai dan mengundang pelbagai respon serta reaksi lucu warganet.
Solat Jumaat Di Narathiwat
Melihat hantaran yang dimuatnaik Fikry, pelakon ini menyunting video memaparkan dirinya seolah-olah mendengar khubah solat jumaat di Narathiwat, Thailand sambil mempamerkan reaksi wajah seperti memahami khubah yang di ucap dalam bahasa siam itu.
@afikryaibrahim
Salam Jumaat #islamsyumul
‘Dia Mai Lagi’
Melihat muatnaik yang dikongsikan Fikry, rata-rata warganet memberi komen lucu dan menghiburkan apatah lagi ini bukan pertama kali pelakon tersebut menyunting video seperti itu.
“Merata aih hang pi sembahyang jumaat no”
“Dia mai lagi”
“Memang tiap-tiap minggu sembahyang jumaat, lain-lain negara ka?”
“Dah dua jumaat eh, jumaat tempat lain-lain” komen mereka
“Weh, balik-balik. Hang buat apa jauh-jauh tang ni”
“Bukan main tempat dia tunaikan jumaat”
“Hari tu dekat India, ni dah terbang ke Siam lak”
“Muka tu penuh pemahaman” komen mereka lagi
‘Jumaat Depan Negara Mana pula’
Melihat telah dua video suntingan seperti ini dimuatnaik oleh pelakon ini, rata-rata ramai warganet menyoal negara mana pilihan Fikry untuk solat jumaat pada minggu akan datang.
“Agak-agak minggu depan solat jumaat dekat mana pula eh bang”
“Tak sabar nak tunggu jumaat depan negara mana pula lah hang pi”
“Minggu depan Jawa pula”
“Dia buat comeback hahaha” komen mereka
“Bagus eh tiap minggu solat jumaat lain-lain negara”
“Japan bang, please”
“Lepas ni kat Vietnam pula”
“Hahaha jauh noh solat jumaat” komen mereka lagi
Jauh betul Fikry Ibrahim dengar khutbah solat jumaat ya!
Fikry Ibrahim Solat Jumaat Di Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peguam Najib , TS Shafie bangkitkan isu pelanggaran undang undang dalam perbicaraan Najib.
- Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman
- Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
- Mahkamah khilaf bila peguam tarik diri kes Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :