Mas Idayu minta rakan artis jangan masuk campur kerja juri

Stesen TV pun tak pernah tegur



Mas Idayu minta rakan artis jangan masuk campur kerja juri

Mas Idayu minta rakan artis jangan masuk campur kerja juri
Mas sudah lali menerima kecaman netizen.

PENYANYI Mas Idayu menyelar tindakan segelintir selebriti tempatan mengkritik cara penjuriannya menerusi program realiti Famili Duo yang dikatakan kasar agar berhenti daripada terus ‘berkokok’.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, turut mempersoalkan mengapa selepas 16 tahun dia bergelar juri profesional baru ada di antara mereka menyalak caranya memberikan komen tegas terhadap peserta.

“Siapa yang berkokok tu? Mereka memang tak kenal Mummy (panggilan Mas) ke selama 38 tahun dalam industri dan 16 tahun kerja sebagai juri? kenapa baru sekarang mereka nak berkokok?

 

Mas Idayu minta rakan artis jangan masuk campur kerja juri
Mas dan Ajai selaku juri tetap Famili Duo.

“Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka. Itu mungkin tanggapan mereka sahaja kerana saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi,” katanya ketika dihubungi mStar.



Dalam pada itu, Mas menjelaskan dia hanya menjalankan tugas dengan memberikan komen ikhlas terhadap persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel yang menjadi perdebatan ramai sejak beberapa hari ini. 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Tambah penyanyi lagu Cintaku 100% itu, sebelum menandatangani kontrak program berkenaan, dia tidak diberi sebarang amaran oleh pihak produksi untuk tidak memberikan komen pedas kepada peserta.

Jelasnya, ini bermakna pihak TV3 sendiri suka dengan karakternya dan tidak pernah melarang dia bersikap tegas ketika memberi penjurian.

“Saya hanya menjadi diri sendiri dan sebelum menandatangani kontrak pun, pihak produksi tidak memberi sebarang syarat cakap jangan terlalu marah, jangan terlalu kasar.



Saya tidak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon, jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya.

MAS IDAYU

PENYANYI

“Dalam mana-mana program stesen TV pun saya tidak pernah diberi amaran. Ini bermakna mereka suka dengan karakter saya. Betul tak? Bila kita tidak ditegur maksudnya karakter itu memang diperlukan,” ujarnya.

Sementara itu, Mas berharap agar Sissy dan Naim mengambil positif dengan kritikan yang diberikan kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik.

“Kepada Sissy dan Iman, awak kenal Mummy,kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar.

 

Mas Idayu minta rakan artis jangan masuk campur kerja juri
Mas dikenali sebagai seorang yang tegas dalam memberikan kritikan.

“Cuma silapnya pada minggu tersebut mereka membuat persembahan di luar kemampuan mereka. Peserta lain patut cemburu kerana saya marah Sissy dan Naim bermakna saya peduli tentang mereka,” jelasnya.



Terdahulu, Mas memberi kritikan hebat kepada persembahan Sissy dan Naim menerusi lagu Jampi nyanyian Hael Hussaini kerana menganggap nyanyian mereka sangat kasar dan tidak sedap.

Susulan daripada itu, beberapa selebriti tampil membuat kenyataan memberi pendapat bahawa sebagai juri, Mas tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana boleh menjatuhkan maruah orang lain di televisyen.

 

Mas Idayu minta rakan artis jangan masuk campur kerja juri

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker