Pekerja kedai makan ditemui meninggal dunia dalam bilik hostel

Pekerja kedai makan ditemui meninggal dunia dalam bilik hostel

Pekerja kedai makan ditemui meninggal dunia dalam bilik hostel
Foto hiasan

KLANG: Seorang pekerja kedai makan yang ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah hostel di Taman Pendamar Indah, Pandamaran, dekat sini, semalam disahkan menghidapi penyakit batuk kering atau tibi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa iaitu lelaki warga asing itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penyelianya yang kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak polis sekitar jam 10.40 pagi.

Katanya, petugas perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang yang hadir mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas pemeriksaan dilakukan.



“Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, HTAR, Klang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatanmengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit tibi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa berusia 45 tahun itu sudah dua tahun bekerja di kedai makan terbabit dan sebelum ini pernah mendapat rawatan di Klinik Utara Kota Pendamar sebelum ini dan disahkan positif penyakit tibi.

“Pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan ‘no further action’ (NOD).



“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.

16YO Schoolboy Beaten Up While Sleeping At Bentong Hostel

Pekerja kedai makan ditemui meninggal dunia dalam bilik hostel


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button