Bila Rasuah Cuba Di Halalkan Dengan Penjenamaan Semula

 

Bila Rasuah Cuba Di Halalkan Dengan Penjenamaan Semula

Dalam satu majlis di Kuala Pilah. presiden PAS, Hadi Awang cuba untuk menjenamakan semula istilah rasuah.



Beliau mengeluarkan ‘dalil’ bahawa duit yang diberikan kepada pengundi semasa kempen pilihanraya adalah ‘sedekah’ dan tidak boleh dianggap sebagai rasuah.

Menurut Hadi Awang lagi, oleh kerana ianya adalah sedekah, maka ianya tidak menyalahi peraturan SPR atau melanggr undang-undang.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1054708/bukan-rasuah-tetapi-sedekah-daripada-orang-awam-abdul-hadi



Itulah Hadi Awang yang kita kenali dan sangat-sangat dikagumi oleh penyokong beliau sehingga diangkat sebagai politikus bertaraf ulamak.

Ironiknya, Pengerusi SPRM, Azam Baki pula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ‘fatwa’ Hadi Awang.

Menurut Azam Baki, rasuah adalah rasuah, walau apa pun perkataan yang kita pilih untuk menggambarkan perbuatan itu.



Dan pemberian wang kepada pengundi adalah tertakluk kepada Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Dalam memberikan respon terhadap penjenamaan semula istilah rasuah oleh Hadi Awang, perdana menteri mengatakan ‘sedekah’ untuk mendapatkan undi adalah rasuah.

Pada pandangan penulis, sama ada ianya adalah benar-benar sedekah atau rasuah, biarlah SPRM dan mahkamah yang menentukannya nanti.



Tidak perla Hadi Awang cuba untuk memandu siasatan SPRM.

SPRM sememangnya terlatih untuk menyiasat perbuatan ‘sedekah’, terutamanya ‘sedekah’ yang dilakukan semasa kempen pilihanraya.

Cuma penulis musykil, dalam 5 tahun kita ada 1,825 hari, apakah PAS hanya bersedekah secara besar-besaran selama 14 hari dalam tempuh berkempen?

Kalau begitu, penulis perlu menunggu lagi 1,811 hari untuk menikmati ‘sedekah pilihanraya yang halal’ dari PAS..😭😭😭.



 

Bila Rasuah Cuba Di Halalkan Dengan Penjenamaan Semula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button