Kes genosid Gaza mula didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Kes genosid Gaza mula didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Kes genosid Gaza mula didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa
ORANG ramai melihat bangunan yang menjadi tempat tinggal seorang komander Hamas dan keluarganya, musnah susulan serangan Israel di Rafah, selatan Gaza. FOTO AFP

The Hague: Israel hari ini didakwa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berikutan serangan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Palestin.

Dakwaan itu dibuat selepas Afrika Selatan mengemukakan rayuan segera kepada ICJ untuk memaksa Israel menggantung serta-merta operasi ketenteraannya di Gaza.

Pendakwa raya dari kedua-dua negara akan bersemuka dalam persidangan di The Hague.



Afrika Selatan berhujah, Israel melanggar Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1948 selepas Perang Dunia II dan Holocaust.

Sebagai rakan yang menandatangani perjanjian itu, Afrika Selatan boleh membawa Israel ke ICJ untuk sebarang pertikaian antara negara, yang sering digambarkan sebagai ‘mahkamah dunia’.

Afrika Selatan mengakui berat tanggungjawab tertentu menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dan secara terang-terangan mengutuk serangan Hamas.

Namun, dalam penghujahan setebal 84 muka surat kepada mahkamah, Pretoria mendakwa pengeboman dan pencerobohan Israel ke atas Gaza bertujuan membawa kemusnahan sebahagian besar rakyat, kaum dan etnik Palestin.



Presiden Israel Isaac Herzog menyelar tuduhan itu dan membentangkan kemungkinan pertahanan untuk negaranya.

“Tidak ada yang lebih kejam dan tidak masuk akal daripada dakwaan ini.

“Kami akan berada di ICJ dan kami akan membentangkan dengan bangga kes kami menggunakan pertahanan diri… di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, tentera Israel sedang melakukan terbaik dalam keadaan yang sangat rumit di lapangan untuk memastikan tiada akibat yang tidak diingini dan tiada korban awam.



Memandangkan ia adalah prosedur yang mendesak, ICJ boleh membuat keputusan dalam masa beberapa minggu.

Keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

Bagaimanapun, negara tidak selalu mengikut keputusan mahkamah, sebagai contoh ICJ mengarahkan Rusia menghentikan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Kes genosid Gaza mula didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar

 

 



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button