Gempa bumi Jepun: 213 maut, 52 masih hilang

Gempa bumi Jepun: 213 maut, 52 masih hilang

Gempa bumi Jepun: 213 maut, 52 masih hilang
POLIS melakukan pencarian mangsa di Suzu, wilayah Ishikawa. FOTO Kyodo/ Reuters

Tokyo: Jumlah korban akibat bencana gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun, kini mencecah seramai 213 orang pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Sejumlah 52 orang masih belum ditemukan, manakala sekurang-kurangnya 567 lagi cedera, menurut penyiar NHK.

Sebanyak 98 kematian dilaporkan di Suzu, manakala di Wajima seramai 83 orang dilaporkan terkorban, Anamizu (20) Nanao (lima), Noto (empat), Shika (dua) dan di Hakui (satu).



Selain itu, kerajaan wilayah berkenaan mengesahkan lapan kematian berkaitan bencana turut dilaporkan iaitu mangsa terselamat daripada gempa bumi tetapi meninggal dunia akibat kecederaan atau penyakit disebabkan tekanan fizikal dan mental selepas bencana.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading