Lelaki warga asing ditegur beli minyak masak bersubsidi

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki warga asing ditegur beli minyak masak bersubsidi
Foto Hiasan Minyak Masak Bersubsidi

Tindakan seorang lelaki tempatan yang berani menegur sekumpulan warga asing daripada membeli enam paket minyak masak bersubsidi di sebuah pasar raya meraih pujian warga maya.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu juga mengundang pelbagai reaksi bercampur baur di platform media sosial X.



Dalam rakaman video berdurasi dua minit yang dikongsi pengguna akaun platform X, @encikmimpizz, meraih hampir 250,000 tontonan sejak dimuat naik beberapa hari lalu.

Video itu memaparkan seorang lelaki tampil bersemuka beberapa warga asing sambil ‘menyoal siasat’ beberapa pertanyaan kepada mereka untuk mengesahkan status warga negara individu berkenaan, yang didakwa mahu ‘membolot’ minyak masak paket bersubsidi.

Lelaki itu bertanyakan kepada warga asing itu – “kamu ada kad pengenalan? Adakah kamu warga Malaysia?”.

Dia turut menjelaskan kepada warga asing berkenaan bahawa minyak masak paket bersubsidi dikhaskan untuk warga Malaysia saja.



Bagi mengelak dicekup pihak berkuasa kerana tindakan itu menyalahi undang-undang, dia menasihati mereka untuk membeli minyak masak botol.

Seorang pengguna media sosial mencadangkan agar juruwang bertugas di kaunter berwaspada bagi mengelak mengimbas barang bersubsidi yang dibeli orang warga asing.

“Maaf, tetap saya perlu katakan ini adalah kebodohan pengurusan kedai. Perlu ada SOP (prosedur operasi standard) di kaunter juruwang untuk mengelak imbanasa jika warga asing membeli minyak masak dalam paket,” kata pemilik akaun X, @_musangPutih.

PEKERJA TEMPATAN SEBAGAI JURUWANG

Seorang lagi pengguna maya mengesyorkan kepada kerajaan supaya mewajibkan semua pasar raya besar dan kedai runcit menggajikan pekerja tempatan di semua kaunter juruwang bagi mengekang isu berkenaan.



“Isu ini boleh dikurangkan. Tawar gaji sewajarnya bukan sekadar janji kosong. Orang tempatan akan berminat untuk bekerja,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemilik akaun X, @nrqsar yang mengadaikan mungkin warga asing itu tidak sedar bahawa minyak masak paket bersubsidi itu hanya ekslusif untuk rakyat Malaysia.

“Mungkin mereka tidak tahu bahawa minyak masak paket itu hanya untuk rakyat Malaysia? Kerana mungkin tidak cukup pemakluman atau poster di sana?”, soalnya.

Sumber – Berita Harian
 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button