Wanita ditembak mati ketika bersama cucunya yang pegang bendera putih

Wanita ditembak mati ketika bersama cucunya yang pegang bendera putih

Wanita ditembak mati ketika bersama cucunya yang pegang bendera putih
HEBA bersama ibunya, Hala (tengah) dan Taim (kanan). FOTO ihsan keluarga by MEE.

Baitulmaqdis: Memilukan apabila wanita warga emas Palestin ini ditembak mati penembak tepat tentera Israel ketika tangan cucu masih berpaut padanya dan mengibarkan bendera putih.

Middle East Eye (MEE) melaporkan, Hala Rashid Abd Al-Ati sedang berjalan bersama beberapa penduduk Palestin lain ketika mereka cuba melarikan diri dari kejiranan Al-Rimal di Bandar Gaza ke Rafah, selatan Gaza, 12 November lalu.

Dia meninggal dunia sambil tangannya berpaut dengan cucunya yang mengibarkan bendera putih.



Berdasarkan rakaman video yang diperoleh MEE secara ekslusif, Hala terbunuh terkena peluru dilepaskan tentera Israel ketika dia melalui jalan raya berdekatan Jalan Al-Wihda.

Seorang lelaki Palestin daripada kumpulan itu dilihat berlari ke arah Hala untuk memeriksa keadaan wanita itu ketika cucunya yang berusia lima tahun Taim berlari untuk mencari perlindungan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Shafee ingatkan media jangan melangkaui Perlembagaan




Ahli keluarga Hala berkata, keputusan untuk melalui laluan itu keluar dari Bandar Gaza dibuat selepas mereka berhubung beberapa kali dengan Palang Merah.

Salah seorang anak perempuan wanita itu, Sarah Bassem Khres berkata, mereka meninggalkan rumah menuju ke Jalan Al-Shaheed Abdel Qader al-Husain ke arah Jalan Omar Bin Abdul Aziz dengan disertai sekurang-kurangnya 100 penduduk lain, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Katanya, sebaik mereka keluar ke tengah jalan dia melihat ibunya rebah ke tanah ketika bunyi tembakan kedengaran.

“Ibu saya sedang memegang cucunya (anak kakaknya) yang terjatuh ke tanah apabila dibunuh.



“Saya menjerit memanggil ibu saya… rasanya seperti kami merasai kematian seribu kali setiap minit,” katanya kepada MEE.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai


Katanya, sebelum kejadian meragut nyawa ibunya itu, seisi keluarga bangun dan berdoa bersama-sama ketika bunyi letupan bom Israel di kawasan kejiranan mereka semakin kuat.



“Ibu menyediakan sarapan buat kami dan sempat membaca al-Quran sebelum kami bersiap untuk beredar dari situ.

“Kami hanya keluar selepas terdengar jiran menjerit dan mendesak penduduk lain untuk beredar.

“Kami keluar sambil membawa barang dan memegang bendera putih dalam keadaan pesawat tempur melepaskan peluru hidup secara rawak terhadap kami,” katanya.

Kakak Sarah, Heba,28, yang juga ibu kepada dua anak berkata, keluarga mereka berulang kali diberitahu penduduk tempatan lain mereka akan berjalan bersama-bersama kerana ia mungkin lebih selamat.



Katanya, arahan mereka terima berdasarkan maklumat daripada Palang Merah.

“Kami diberitahu ada koridor selamat di selatan Gaza. Ibu membawa anak saya Taim.

“Saya berada di pintu keluar rumah kami menunggu suami apabila terdengar bunyi tembakan itu dan jeritan adik serta sepupu saya.

“Mereka terus menjerit supaya saya balik kemudian saya ternampak jasad ibu tidak bernyawa,” katanya.



Katanya, adiknya, Mohammed, 22, mempertaruhkan nyawanya mengambil mayat ibu mereka dari jalan dan membawanya pulang ke rumah.

“Kami mengebumikan ibu berhampiran rumah kami,” katanya.

Sementara itu, nasib anaknya, Taim masih tidak diketahui apabila dibawa jiran mereka ke Nuseirat sebelum ke Rafah di selatan Gaza untuk bersama ibu saudaranya.

Dalam pada itu, pihak tentera Israel dan Palang Merah enggan mengulas pembunuhan warga emas itu.

Wanita ditembak mati ketika bersama cucunya yang pegang bendera putih

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading