Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?

Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?

Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?

Seperti yang kita semua ketahui, selepas PRU 15, negara mengalami keadaan parlimen tergantung.

Semua parti yang bertanding dalam PRU 15 tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Pakatan Harapan ketika itu hanya mempunyai 82 kerusi parlimen, manakala Perikatan Nasional pula hanya mempunyai 73 kerusi parlimen ketika itu.



SPB YDP Agong mencadangkan agar Pakatan Harapan membentuk kerajaan campuran bersama Perikatan Nasional supaya kerajaan dapat ditubuhkan.

Tetapi malangnya, Perikatan Nasional menolak cadangan YDP Agong.

Lalu YDP Agong menitahkan pula supaya Pakatan Harapan berkerjasama dengan Barisan Nasional yang mempunyai 30 kerusi parlimen.

Dengan persetujuan Barisan Nasional, maka kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memiliki majoriti mudah untuk menubuh kerajaan.



Itu fakta yang kini sudah menjadi sejarah politik negara.

Perjuangan UMNO Untuk Keadilan Pemimpin UMNO Yang Di Zalimi

Bukan lagi rahsia, apabila UMNO kehilangan kuasa dalam PRU 14, beberapa pemimpin utama UMNO telah dizalimi.

Mereka telah didakwa dengan beberapa pertuduhan yang bermotifkan politik oleh musuh UMNO yang sangat mendendami mereka.

Mantan Periden UMNO, DS Najib didakwa dengan kes SRC, LHDN, 1MDB dan IPIC.



Manakala Presiden UMNO, DS Zahid pula didakwa dengan kes Ultra Kirana dan Yayasan Akalbudi.

Bagi mereka yang waras dan mengikuti perbicaraan kes kedua-dua pemimpin berkenaan, akan mendapati sudah jelas lagi bersuloh pendakwaan tersebut adalah pendakwaan terpilih.

Cuma yang membenci dan memusuhi kedua-dua pemimpin tersebut tanpa sebab yang jelas akan terus berkata mereka sememangnya bersalah.

Presiden UMNO, DS Zahid sudah pun dibebas dan dilepaskan dari 40 pertuduhan kes Ultra Kirana.



Manakala bagi kes Yayasan Akalbudi, beliau hanya diberikan pembebasan separuh dengan keputusasn mahkamah memberikan DNAA.

Tetapi keadilan bagi DS Najib, masih lagi samar-samar dan tiada kepastian.

Beliau sudah pun dihukum dalam kes SRC, di mana ada hakim kanan yang masih bertugas dan beberapa mantan hakim kanan mempertikaikan keadilan perbicaraan.

Kes IPIC yang mencatatkan sejarah perundangan sebagai kes yang paling lama tertangguh, tetap diteruskan juga.



Apakah Sudah Wujud Keadilan Terpilih?

Ketika Lembaga Pengampunan bersidang beberapa bulan yang lalu, Anwar pernah berkata, beliau berada dalam Lembaga Pengampunan.

Tetapi kuasa pengampunan adalah kuasa mutlak YDP Agong.

UMNO telah mengemukakan surat rayuan kepada YDP Agong supaya memberikan pengampunan kepada beliau atas beberapa sebab yang kukuh.

Tetapi akhirnya kita mendapati, fail DS Najib TIDAK langsung diangkat untuk YDP Agong pertimbangkan pengampunan untuk beliau.



Alasan yang diberikan adalah DS Najib belum layak mendapat pengampunan kerana belum menjalani tempoh tertentu hukuman.

Kuasa pengampunan adalah kuasa mutlak YDP Agong, tetapi sekiranya fail DS Najib tidak diangkat, bagaimana YDP Agong mahu mengampunkannya?

Kemudian Anwar didakwa pernah berkata, kes DS Najib adalah kes yang sangat jelas.

Ada bukti kemasukan duit ke dalam akaun peribadi beliau dan ini membuktikan ada kes yang sangat kukuh.

Menurut Anwar, pendirian beliau itu berdasarkan penghakiman yang telah dibuat oleh hakim di mahkamah.

Sebagai perdana menteri, Anwar sudah pasti tahu, seorang perdana menteri tidak hanya mempunyai satu akaun sahaja.

Dan perdana menteri tidak mempunyai masa untuk memantau secara terperinci setiap duit yang keluar dan masuk ke dalam akaun beliau sebagaimana orang awam.

Sebab itu perdana menteri mempunyai ramai pegawai yang masing-masing mempunyai tugas khas termasuk memantau kemasukan duit dalam akaun.

Sebelum Anwar membuat kenyataan tersebut, sudahkah Anwar siasat siapa sebenarnya yang mengawal selia akaun DS Najib?

Sudahkah individu berkenaan dipanggil ke mahkamah?

Penulis bersetuju Anwar perlu bergantung kepada penghakiman hakim di mahkamah.

Tetapi, apakah Anwar tidak mengikuti keseluruhan perjalanan kes SRC di mahkamah?

Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Atau Sedang Di Permainkan

Dari respon Anwar dan beberapa orang pemimpin Pakatan Harapan, penulis boleh andaikan sinar keadilan untuk DS Najib semakin kelam.

Manakala pengampunan untuk beliau, sudah boleh dilupakan.

Walau pun ketika mahu mendapatkan sokongan Barisan Nasional, seakan ada sinar keadilan dan pengampunan untuk DS Najib.

Kini dengan jaminan GPS, Anwar dilihat seperti sudah tidak lagi memerlukan Barisan Nasional.

Timbul persoalan, mungkinkah UMNO sekali lagi sedang dipermainkan atau UMNO sekadar insuran untuk jawatan Anwar?

 

Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button