Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan

Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan

Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan

Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid Hamidi telah memohon agar Mahkamah Tinggi mengembalikan pasport beliau secara kekal.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1056242/zahid-mohon-pasport-dikembalikan-secara-kekal

Alasan yang diberikan oleh DS Zahid adalah supaya dapat menjalankan tugas rasmi beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai seorang yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah pasti DS Zahid perlu melakukan lawatan ke luar negara.

Memang benar, DS Zahid masih lagi menghadapi 47 pertuduhan mahkamah yang membabitkan dana Yayasan Akal Budi.



Juga benar, mahkamah di era Ismail Sabri telah memerintahkan beliau untuk membela diri.

Tetapi jangan lupa, hakim perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah, sudah melawat 2 banglo yang dibeli dengan menggunakan dana Yayasan Akal Budi.

Baca di sini:

https://www.kosmo.com.my/2022/08/01/mahkamah-hakim-lihat-banglo-didakwa-beli-guna-dana-yayasan-akalbudi/



Walau pun lawatan itu cuba ‘dihalang’ oleh TPP, Raja Rozela Raja Toran, yang menggunakan alasan tiada keperluan lawatan itu dibuat.

Namun demi keadilan, Collin Lawrence Sequerah memutuskan untuk melawat 2 banglo itu.

Baca di sini:

https://berita.mediacorp.sg/dunia/kes-rasuah-ahmad-zahid-hakim-akan-lawat-2-banglo-didakwa-dibeli-guna-dana-yayasan-akalbudi-672281



Penulis tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perjalanan prosiding mahkamah kerana ianya masih lagi dalam proses keadilan.

Peja Masih Meneruskan Angan Angan Mat Jenin Perikatan Nasional

Tetapi penulis terpanggil untuk memberikan respon kepada gesaan Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja).

Peja menggesa agar DS Zahid ‘direhatkan’ dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan alasan 47 pertuduhan mahkamah ke atas DS Zahid akan mengganggu tugas beliau.

Peja berkata dari memulangkan kembali pasport DS Zahid, adalah lebih baik DS Zahid ‘direhatkan’ dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.



Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/652965

Kita semua sedia maklum, tujuan utama mahkamah menahan pasport suspek yang di dalam perbicaraan adalah untuk mengelakkan dari suspek melarikan diri ke luar negara.

Sekiranya ini berlaku, maka perjalanan perbicaraan di mahkamah pasti terganggu dan tertangguh di mana ianya akan membuang masa mahkamah.



Namun, adalah sangat mustahil sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid akan melarikan diri ke luar negara untuk mendapatkan suaka politik blogger PN seperti Raja Petra Kamaruddin.

Sebenarnya yang Peja bimbangkan ialah sekiranya DS Zahid di akhir pembelaan diri nanti, mahkamah akan memutuskan DS Zahid tidak bersalah.

Sekiranya ini berlaku, DS Zahid akan terus kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

Sekiranya ini berlaku, angan-angan PN untuk membawa UMNO/BN ke dalam PN akan musnah dan PN akan terus kekal sebagai pembangkang hingga akhir penggal.

Dengan mengenepikan fakta perbicaraan di mahkamah, Peja masih lagi berangan untuk menjadi menteri kabinet sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan.

Cukup-cukuplah Peja, tolong ‘move on’, boleh…😜😜😜

 

Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button