Lelaki ditemui meninggal dunia dalam kereta
Lelaki ditemui meninggal dunia dalam kereta
PENAMPANG: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam kereta di kawasan parkir berhadapan sebuah premis di Taman Jumbo, Petagas, di sini, hari ini.
Mangsa yang berusia 57 tahun itu ditemukan orang ramai yang menyedari lelaki itu tidak sedarkan diri dalam kereta Proton Iswara sebelum menghubungi polis jam 2.45 petang.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas dari Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu.
Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan HQE Kota Kinabalu, bagi tindakan lanjut untuk mengetahui punca kematian.
“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Mohd Haris menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi menularkan serta memuat naik di media sosial berhubung imej atau video di tempat kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Lelaki ditemui meninggal dunia dalam kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’
- Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa
- Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan
- Mahathir tulis berkenaan Najib sebab hendak “divert” kes Sulu dan tindakan disiplin barua barua nya dari UMNO.
- Bila sudah jadi Menteri , Rafizi tak jumpa Formula.
- ‘Kaki sabotaj’ akan terima padah malam ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :