Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas

Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas

Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas

Menjelang PRU 15 yang lalu, rumah agam UMNO dilihat semakin mereput akibat dimakan oleh anai-anai yang bukannya datang dari luar, tetapi dari dalam rumah agam itu sendiri.

Akibatnya, UMNO mengalami kekalahan yang paling besar dalam sejarah kewujudannya.



Hanya mampu memenangi 26 kerusi parlimen di dalam pilihanraya umum merupakan pencapaian yang paling buruk dalam sejarah UMNO.

Tidak pernah UMNO kehilangan begitu banyak kerusi.

Belum pernah UMNO yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air diaibkan sebegitu sekali.

Mungkin bukan mudah untuk memulihkan kembali rumah agam UMNO.



Ianya mungkin akan mengambil masa yang agak panjang.

Tetapi sekiranya UMNO mahu bangkit semula, usaha pemulihan mesti dilakukan dari sekarang.

Sebelum menukar kembali tiang, lantai dan dinding yang telah reput dimakan anai-anai, terlebih dahulu anai-anai yang hampir memusnahkan rumah agam UMNO mesti dihapuskan.

Tidak ada gunanya tiang, lantai dan dinding ditukar baharu sekiranya anai-anai tidak dihapuskan.



Itulah yang sedang dilakukan oleh UMNO sekarang.

Pemimpin UMNO yang selama ini menjadi anai-anai yang memamah rumah agam yang menjadi tempat mereka berlindung sedang dihapuskan.

Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas

2 orang pemimpin yang telah dipecat adalah Khairy Jamaluddin (KJ) dan Noh Omar.



Manakala 4 orang pemimpin yang digantung keahlian mereka pula Hishamuddin Hussien, Shahril Hamdan, Maulizan Bujang dan Salim Shariff.

Wajah Sebenar Mereka Akan Terdedah Selepas Ini

Bagi penulis, sikap sebenar kesemua pemimpin yang dipecat dan digantung akan dapat dilihat dengan jelas selepas tindakan diambil ke atas mereka.

Ini bukan kali pertama UMNO mengambil tindakan ke atas pemimpin atau ahli mereka.

Antara pemimpin yang pernah dikenakan tindakan Shahrir Samad, Lokman Noor Adam, Tengku Razaleigh, Shahidan Kassim, Annuar Musa dan ramai lagi.



Tetapi pemimpin yang benar-benar sayangkan dengan roh perjuangan UMNO seperti Shahrir Samad, Lokman Noor Adam dan Tengku Razaleigh, mereka tetap setia kepada UMNO.

Mereka tidak mengambil tindakan untuk terus menyerang UMNO kerana mereka akur dengan keputusan parti.

Tanpa mengenal putus asa, rayuan terus dilakukan supaya mereka diterima kembali dan berkat kesabaran mereka, kini mereka kembali berada dalam saf kepimpinan UMNO.

Tetapi ada juga pemimpin yang dipecat atau digantung memilih untuk meninggalkan UMNO dan bersama-sama dengan musuh yang sebelum ini mereka tentang habis-habisan.



UMNO sudah melakukan apa yang mesti dilakukan dan ianya bukanlah keputusan peribadi mana-mana pemimpin.

Kepada pemimpin yang telah dikenakan tindakan, kini terpulang kepada mereka.

Sekiranya mereka benar-benar sayangkan kepada parti, seperti yang mereka laungkan selama ini, mereka akan tetap setia untuk mempertahankan parti dari serangan musuh.

Tetapi sekiranya mereka lebih mementingkan diri sendiri, sudah pasti mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merobohkan rumah agam UMNO.

Tanpa mereka sedari yang akan mereka robohkan itu sebenarnya adalah roh perjuangan anak bangsa mereka sendiri.

 

Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button