Faktor genetik punca anak Azhar Sulaiman nampak kurus dan cengkung

Faktor genetik punca anak Azhar Sulaiman nampak kurus dan cengkung

Faktor genetik punca anak Azhar Sulaiman nampak kurus dan cengkung
Leia tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.

GARA-GARA penampilan fizikal dilihat kurus, ramai yang meminta anak kepada Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leia Ixora membuat pemeriksaan kesihatan.

Menurut Leia, 23, bapanya sudah membawanya melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan mendapati dirinya sihat serta tiada sebarang masalah kesihatan.

“Saya sudah pun dapat keputusan kesihatan. Doktor beritahu kelenjar limfa saya agak besar.



“Selain daripada itu, saya tiada masalah. Doktor pun cakap saya hanya kurus dan dia sempat bertanya sama ada saya makan atau tidak,” katanya.

Leia berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Leia turut menafikan dakwaan netizen yang sebelum ini membuat andaian dia mempunyai pelbagai masalah kesihatan termasuklah mengalami anoreksia.

Kata Leia, fizikalnya yang kurus mungkin disebabkan faktor genetik dan bukannya kerana berpenyakit.



“Semua orang tanya ada anoreksia, leukimia, hypertension, hipertiroid ke? Guys, jawapannya adalah tak.

“Satu-satunya perkara yang saya boleh jelaskan ialah ia hanya kerana genetik. Jadi, kalau masih ada soalan macam ni, sila tanya ayah saya,” ujarnya.

Faktor genetik punca anak Azhar Sulaiman nampak kurus dan cengkung
Leia hanya kurus disebabkan faktor genetik.

Sementara itu, Leia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat terhadap tahap kesihatannya.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang komen dekat TikTok saya sama ada yang benar-benar ambil berat atau beri komen yang tidak baik.



“Sebenarnya saya dah lama nak buat pemeriksaan sejak tahun lalu lagi tetapi disebabkan jadual yang sibuk di universiti, saya terpaksa menundanya,” katanya.

Sebelum ini, Leia dikatakan pitam selepas menerima rawatan di PPUM dan keadaannya itu merisaukan Azhar yang bimbang sekiranya anaknya itu menghidap penyakit hipertiroid

AS berjaya lakukan pemindahan jantung babi kepada manusia



Faktor genetik punca anak Azhar Sulaiman nampak kurus dan cengkung

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading