Lakukan 10 perkara ini jika kematian ahli keluarga, paling utama kena jaga aib arwah!
Bagi yang tidak biasa menguruskan jenazah, mereka pastinya kekok dan buntu tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan sepanjang proses itu.
Di laman Twitter, seorang amil zakat dikenali sebagai Faisal Rahim berkongsi beberapa urutan yang perlu dilakukan sejurus berlaku kematian dalam keluarga kita.
Menurut Faisal, urusan jenazah berkait rapat dengan maruah dan aib, jadi dua aspek itu perlu dijaga sebaiknya oleh ahli keluarga atau waris.
Berikut merupakan 10 perkara yang perlu anda lakukan sejurus berlaku kematian ahli keluarga:
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’
- Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa
- Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan
1. Tanggalkan baju si mati. Susah nak buka kalau sendi dah keras.
2. Urut tulang sendi jenazah guna minyak kalau simpan mayat semalaman. Elak keras.
3. Kalau terus nak mandikan, tak payah urut minyak. Susah nak bilas (minyak).
4. Jangan tutup pakai kain batik lepas. Banyak orang buat. Kain itu nipis, nampak lekuk badan wanita.
5. Selimut sahaja guna comforter. Lepas tu bolehlah letak kain batik atas tu.
6. Jangan bagi sesiapa buka muka walau kawan baik (sebelum mandikan). Masa tu aurat mayat boleh terdedah.
7. Buat ikatan guna perca kain, ikat tiga bahagian sendi utama jenazah.
• Bahagian Kepala: Tak dimasuki binatang (nganga). Jangan ikat dagu. Ikat kat bawah rahang.
• Bahagian Tangan: Lipat seperti tengah solat.
• Bahagian Kaki: Rapatkan kaki dan ikat antara kedua-dua betis.
8. Kalau yang sakit, jangan buka tampalan kalau ada tebukan di hospital. Contoh leher (dialisis), perut dan sebagainya.
• Kalau dibuka masa mandi, plaster semula.
• Ada pengalaman, lepas siap kafan, darah keluar dari situ. Nampak ngeri sebab leher mayat penuh darah. Aib kat arwah.
9. Ambil ukuran tinggi dan lebar mayat untuk beri kepada penggali kubur dan tukang buat keranda kayu (jika ada).
10. Maklumkan Bahagian Khairat Kematian Masjid. Kalau ada bayar Khairat Kematian, mereka buat percuma (mandi, kafan, ke bumi). Kalau tak join, ready duit dalam RM1,500.
Lakukan 10 perkara ini jika kematian ahli keluarga, paling utama kena jaga aib arwah!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pasti Pesta Dalam PN Akan Menjadi Lebih Meriah Dengan Kehadiran Ahli Baharu
- Ismail Sabri Masih Terus Senada Dengan Muhyiddin Dalam Isu Tindakan Displin UMNO
- Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?