“Memang Saya Pelawa Dia Bantu” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim Sahkan Anaknya Dilantik Sebagai Penasihat Kanan

Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan kewangan dan ekonomi Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lepas.

Kini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu dan memaklumkan anaknya dipelawa jawatan berkenaan tanpa sebarang bayaran elaun.

Tidak dibayar sebarang elaun…

Memang saya minta dia, pelawa dia untuk membantu saya sebagai Penasihat di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tetapi saya tidak membayar apa-apa elaun kepada dia, baik di Pejabat Perdana Menteri dan di Kementerian Kewangan.



Anwar Ibrahim dalam pada itu mendakwa pihak yang mengatakan anaknya tidak mempunyai kelulusan dalam bidang kewangan sebagai tidak teliti.

Apakah seorang menteri kesihatan mesti seorang doktor? Ataupun seorang menteri air mesti seorang engineer, tak pernah berlaku macam itu.

Untuk pengetahuan, Nurul Izzah mempunyai kelulusan berkaitan kejuruteraan.

Kredit: Utusan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button