Homestay Di Port Dickson (2023) Bahagian 1
Menarik Untuk Percutian Istimewa
Terkenal dengan kawasan pantainya yang indah berpasir putih, bandar pantai Port Dickson adalah sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Tarikan alam semula jadinya ini menjadikan ia secara tidak langsung kaya dengan pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki bot laju, snorkeling, bermandi-manda, menunggang kuda dan banyak lagi.
Bandar yang terletak di dalam Negeri Sembilan ini juga tidak kurang dengan tarikan menarik yang lain seperti peninggalan-peninggalan bersejarah, akuarium, kampung nelayan dan hutan simpan yang mendamaikan jiwa. Inilah antara penangan Port Dickson yang patut dirasai sesiapa sahaja walau sekali dalam seumur hidup.
Berlokasi tidak jauh dari KL, menjadikan ia pilihan warga kota untuk mendapatkan ketenangan di hujung minggu. Ingin menikmati ketenangan yang maksima sewaktu bercuti bersama keluarga di Port Dickson? Solusinya ada di sini. Kami telah menyenaraikan 25 homestay di Port Dickson yang menarik dan selesa yang terdapat di Port Dickson. Teruskan membaca untuk mencari pilihan hati anda.
1. Glory Beach Resort Seaview
Glory Beach Resort terletak di Tanjung Gemuk dan menawarkan akses terus ke pantai. Pemandangan dari apartment homestay ini juga sangat cantik dan luar biasa. Selain dari pantai, anda juga dapat menikmati kemudahan dan keselesaan sebuah resort dalam persekitaran yang cukup homely dan cozy. Unit apartment ini juga telah dihias dengan simple, mengambil kira keselesaan dan keseronokan untuk anda sekeluarga.
Apartment 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi ini mampu memuatkan sehingga 6 pax kesemuanya. Dalam bilik tidur pertama, terdapat 1 katil bersaiz queen dan 1 tilam futon yang juga bersaiz queen. Bilik tidur kedua pula terdapat 1 katil bersaiz queen. Di ruang tamu juga terdapat 1 katil sofa untuk anda tempatan sekurang-kurangnya 1 lagi tetamu. Apartment ini dilengkapi dengan WiFi dan kemudahan tersedia di resort seperti kolam renang, taman permainan, tempat BBQ, dan restoran menanti anda. Tambahan lagi, terdapat juga hiburan lain seperti mini golf dan turtle hut yang merupakan sebuah taman kura-kura dan penyu.
2. Luxery Villa Sea Side
Ada di antara kita mahu bercuti sejenak tetapi mungkin mahu beramai-ramai bersama keluarga dan sanak saudara. Di Port Dickson ini terdapat sebuah Villa yang bukan sahaja cantik dan mewah, ia juga cukup besar untuk memuatkan tetamu yang ramai. Nak meraikan apa-apa sambutan istimewa juga sangat sesuai. Siap dengan kolam renang di anjung belakang rumah yang menghadap laut. Memang cantik.
Villa ini kelihatan seperti sebuah mansion di Hollywood Hills. Memang cantik luar dan dalam. Villa ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi. Berserta itu, anda juga boleh menikmati ruang tamu yang besar, ruang makan dengan meja yang besar, dapur yang serba lengkap dan tempat duduk di tepi kolam renang yang cukup selesa. Nak buat BBQ pon boleh. Untuk ke pantai, lalu saja pintu kecil di belakang rumah yang memberikan akses terus ke pantai dari kolam renang.
3. BayView Suites Port Dickson by Maison
Simple, kemas dan praktikal adalah gambaran yang sangat tepat untuk homestay BayView Suites by Maison ini. Homestay ini merupakan jenis apartment dan sangat sesuai untuk anda dan keluarga untuk dapatkan penginapan selesa ketika bercuti nanti. Kurang 1km dari Pantai Cahaya Negeri, apartment ini convenient kerana berdekatan dengan kemudahan-kemudahan lain juga seperti restoran dan kedai-kedai.
Apartment 2 bilik ini sangat sesuai untuk keluarga atau kumpulan bercuti yang kecil. Memuatkan sehingga 7 orang dengan selesa, apartment ini juga lengkap dengan 1 bilik mandi. Selain itu, anda juga dialu-alukan menggunakan fasiliti tersedia di apartment ini seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan BBQ. Anda juga boleh menikmati dan berhibur dengan mudah dengan sambungan WiFi percuma yang mereka sediakan.
4. Comfy Beachfront View at Seri Bulan Condominium
Sebuah lagi homestay jenis apartment yang kami rasa cukup sesuai untuk anda dan keluarga atau rakan-rakan ialah Comfy Beachfront View at Seri Bulan Condominium. Apartment ini dihias dengan cukup simple tetapi nampak kemas dan teratur dan agak bergaya. Hanya 200m dari Pantai Sri Purnama, anda akan menikmati akses langsung ke pantai dari condominium ini. Mudah, kan?
Apartment 2 bilik tidur ini sesuai untuk 4-5pax, dengan katil tambahan di sofa di ruang tamu. Apartment ini juga lengkap dengan sambungan WiFi dan TV untuk hiburan anda. Dapur yang lengkap dengan cerek, peti sejuk, microwave dan sebagainya juga akan memudahkan anda sekeluarga nanti. Selain dari itu, fasiliti tersedia di condominium juga dapat anda gunakan. Ini termasuk kolam renang, tempat BBQ dan taman permainan kanak-kanak.
5. Sea La Vie @ Laguna Condo Resort
Keselesaan dan kelengkapan seperti rumah dalam suasana mewah sebuah hotel adalah pengalaman bercuti yang ditawarkan oleh Sea La Vie homestay yang terletak di Laguna Condo Resort. Apartment ini cukup selesa dan dihias dengan begitu menarik. Siap dengan hiasan tuala dan minuman refreshing sekali. Apartment ini terletak 2.5km dari Pantai Blue Lagoon dan berdekatan dengan kedai-kedai makan untuk kemudahan anda.
Apartment ini mempunyai 2 bilik, namun dengan katil-katil dan perabot praktikal, ianya mampu memuatkan sehingga 7 pax dengan cukup selesa. Ruang tamu yang selesa bersama TV dan ruang makan yang cantik melengkapkan lagi percutian anda. Dapur ringkas tetapi serba lengkap juga memberikan anda alternatif untuk menyediakan makanan. Anda juga dapat menikmati kolam renang, taman permainan dan lain-lain fasiliti yang tersedia di sini.
6. Simons Place @ Regency Tanjung Tuan Beach Resort
Regency Tanjung Tuan Beach Resort merupakan antara resort yang terkenal di Port Dickson. Di sini juga terdapat sebuah unit apartment yang dipanggil Simons Place. Apartment yang telah diubah sebagai homestay ini menawarkan penginapan yang selesa untuk anda dan keluarga. Ia juga menawarkan kemudahan dan fasiliti di sekitar resort. Suasana percutian anda pastinya terasa mewah dan selesa.
Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. 2 bilik tidur lengkap dengan katil bersaiz Queen dan sebuah lagi bilik tidur mempunyai 1 katil single dan 1 katil single 2-tingkat. Ini akan memuatkan sehingga 7 pax dengan selesa. Ruang tamu dengan TV juga selesa untuk anda sekeluarga. Dapur ringkas juga tersedia. Anda juga akan menikmati fasiliti resort seperti kolam renang, tennis court dan macam-macam lagi.
7. The Whale Bayview
Sebuah lagi apartment homestay di BayView Suites ialah The Whale. Sesuai dengan namanya, apartment ini dihias dengan gambar ikan paus di sekitar rumah. Comel sangat! The Whale homestay ini juga dihias dengan sangat kemas dan bergaya. Penggunaan warna-warna ceria menambahkan lagi seri kepada homestay ini. Tentu, ceria saja percutian anda.
Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Kedua-dua bilik dilengkapi dengan 1 katil bersaiz single dan 1 katil bersaiz queen. Jadi, secara umumnya, muatlah keluarga atau kumpulan bersaiz 6 pax dengan cukup selesa. TV dan penghawa dingin di serata rumah akan menambahkan lagi keselesaan buat anda para tetamu. Apartment yang tidak jauh dari Pantai Cahaya Negeri ini juga dilengkapi dengan fasiliti seperti kolam renang dan pit BBQ untuk kegunaan anda nanti.
8. Seaview D’Wharf Executive Suites
Sebuah homestay yang lebih sesuai untuk keluarga kecil atau pasangan ialah Seaview D’Wharf Executive Suites. Homestay ini telah dihias dengan cukup elegan dan klasik. Yang menariknya tentang homestay ini ialah akses kepada makanan yang berdekatan dengan apartment ini. Di seberang jalan sahaja ada McDonald’s. Akses ke pantai juga dekat sahaja. Malah, belakang McDonald’s tadi sudah pon ada pantai. Dari balkoni apartment pon pemandangan pantai yang cantik dapat dilihat.
Apartment 1 bilik ini menyediakan 1 katil bersaiz queen dan juga 1 katil sofa di ruang tamu. Jadi, jika anda mempunyai 1 atau 2 anak kecil, sudah memadai. Apartment juga lengkap dengan dapur kecil yang lengkap dengan kelengkapan seperti microwave dan cerek. Mereka turut menyediakan pinggan mangkuk untuk anda gunakan nanti. Selain dari itu, kolam renang dan taman permainan yang tersedia di apartment ini juga boleh digunakan sepanjang penginapan anda.
Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.
Homestay Di Port Dickson (2023) Bahagian 1
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?
- Sri Ram Paksi kes Najib, ketiadaan nya ‘advantage’ kepada pasukan pembela.
- Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
- Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong
- Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.