Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong

Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong

Dalam satu sidang media, UMNO Bahagian Sembrong, menuntut penjelasan dari MKT UMNO mengenai keputusan penggantungan keahlian mantan Ketua Bahagian mereka, Hishamuddin.

Menurut Timb. Ketua UMNO Bahagian, Abd Ghani Abd Rashid, hukuman yang diputuskan MKT UMNO pada Jumaat lalu itu amat berat.



“UMNO Sembrong berpandangan bahawa hukuman oleh MKT UMNO itu amat berat”.

“Pertimbangan dibuat tanpa proses sewajarnya, tiada surat tunjuk sebab dan pendengaran Lembaga Disiplin”.

“Ia juga seolah-olah langsung tidak mengambil kira jasa, pengorbanan dan kesetiaan beliau kepada parti UMNO selama ini”.

“Atas dasar itu Sembrong menuntut penjelasan dan sebab di atas penggantungan itu”.



“Hukuman ini menggambarkan beliau individu yang betul-betul hendak mengkhianati dan merosakkan parti”.

“Sedangkan kita lihat tidak ada pun langkah langkah sebegitu yang dibuat,” katanya.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1057510/umno-sembrong-tuntut-penjelasan-hukuman-mkt-terhadap-hishammuddin



Fakta Yang Cuba Di Nafikan

 

Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong

Sama ada UMNO Bahagian Sembrong tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu, tindakan yang diambil oleh MKT UMNO adalah berdasar fakta dan bukti yang kukuh.

Dan keputusan yang diambil oleh MKT UMNO adalah mengikut Perlembagaan UMNO.



Di bawah fasal 10.6 Perlembagaan UMNO dengan jelas menyatakan kuasa MKT untuk menentukan pendaftaran, penggantungan dan pemecatan keahlian ahli UMNO.

Rujuk di sini:

Perlembagaan UMNO 2022

Perlembagaan juga tidak menyebut tindakan disiplin yang hendak diambil mestilah menuruti kepada lapuran dari Biro Disiplin.



Badan displin hanya membuat siasatan dan menyerahkan dapatan siasatan mereka kepada MKT UMNO untuk diputuskan.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/01/30/ismail-sabri-masih-terus-senada-dengan-muhyiddin-dalam-isu-tindakan-displin-umno/

Dan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh UMNO Bahagian Sembrong, carilah jawapan kepada beberapa persoalan berikut:



  • Siapakah yang bertanggungjawab menghasut Ketua Bahagian UMNO Sabah supaya melompat ke PPBM?
  • Siapakah yang menggerakkan SD 10 ahli parlimen BN supaya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri di pasca PRU 15?
  • Siapakah yang menipu Abang Joe bahawa kononnya BN sudah bersetuju memberi sokongan kepada Muhyiddin untuk membentuk kerajaan usai PRU 15?
  • Siapakah yang memberi mandat kepada ahli yang hanya berjawatan Ketua Bahagian untuk menggerakkan usaha tersebut?

Apabila UMNO Bahagian Sembrong sudah mendapat jawapan, maka ketahuilah, itulah asas kepada tindakan disiplin yang diambil.

 

Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button