Suspek melakukan jenayah pada 2015.

Suspek melakukan jenayah pada 2015.

Suspek melakukan jenayah pada 2015.
Suspek didakwa selepas sembilan tahun bunuh rakan

KUALA LUMPUR: Selepas hampir sembilan tahun diburu, seorang lelaki warga asing yang menikam mati seorang lelaki pada 2015 di Taman Cahaya, Ampang, akhirnya ditangkap dan akan dituduh di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek yang berusia 38 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa mati, jika sabit kesalahan.

Mengulas mengenai kes itu, katanya, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.30 malam pada 5 September 2015.

“Mangsa seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun ketika itu dan semasa kejadian, dia sedang bekerja sebelum didatangi suspek dalam keadaan mabuk.

“Mangsa menegur suspek supaya keluar, namun suspek berang dan berlaku pergelutan di antara mereka. Punca kejadian dipercayai akibat teguran mangsa terhadap suspek yang ketika itu dalam keadaan mabuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu


Mohd Azam berkata, mangsa yang parah ditikam di belakang badan dan tangan kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Selepas hampir sembilan tahun, suspek akhirnya berjaya ditangkap dalam satu serbuan oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 23 Jun lalu.

“Hasil ujian saringan air kencing, suspek yang bekerja sebagai pengutip sampah itu didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya dan kita terima arahan untuk suspek dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pertuduhan akan dibuat pada jam 10 pagi, esok di Mahkamah Ampang.

Suspek membunuh mangsa di Selangor, ditahan di Pulau Pinang selepas sembilan tahun. – Foto BH/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Suspek didakwa selepas sembilan tahun bunuh rakan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker