MHC siasat Hanis minggu depan

Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan memanggil Hanis Nadiah Onn seawal minggu depan berhubung kes hantaran berbaur perkauman di media sosial berhubung konsert AR Rahman di Stadium Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, badan induk hoki negara memberitahu segala hasil laporan tersebut akan diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk tindakan selanjutnya.

“MHC akan menjalankan siasatan berhubung insiden baru-baru ini membabitkan pemain negara, Hanis Nadiah, awal minggu depan.



“Jawatankuasa Tatatertib MHC akan memanggil pemain berkenaan untuk siasatan sebagai sebahagian daripadanya siasatan pada catatan media sosialnya.

“Dapatan siasatan akan dikemukakan kepada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, untuk tindakannya selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberitahu pihaknya akan menyiasat komen berbaur perkauman yang dimuat naik pemain itu berhubung konsert AR Rahman di Stadium Bukit Jalil, Sabtu lalu.



Hannah berkata, pihaknya sudah berhubung dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berkenaan perkara itu selain sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada MHC untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini tular di media sosial berkenaan satu akaun Instagram yang dipercayai dimiliki Hanis Nadiah didakwa melontarkan komen berbaur perkauman pada ruangan hantaran berkaitan konsert itu.

Menyedari komen itu disalah tafsir berkenaan isu perkauman, pemain itu telah memuat naik permohonan maaf di laman Instagram Story.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button