Bas bawa pelajar, guru MRSM Kuala Lipis terbalik, lima cedera
Bas bawa pelajar, guru MRSM Kuala Lipis terbalik, lima cedera
BENTONG: Pemandu bas dan empat pelajar cedera selepas bas milik Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis terbabas dan terbalik di Kilometer 19, Jalan Lurah Bilut, Raub, malam tadi.
Pemandu, seorang pelajar perempuan dan tiga pelajar lelaki itu dikeluarkan oleh orang awam daripada bas yang terbalik kira-kira jam 8.50 malam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata bas itu dinaiki 31 orang termasuk seorang pemandu lelaki, dua guru lelaki, seorang guru wanita, 15 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan.
Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, bersama sebuah jentera FRT dan sebuah van Unit EMRS digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 8.50 malam.
“Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang terbabas kerana melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.
“Kesemua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh Pasukan Bomba Unit EMRS sebelum dibawa ke Hospital Bentong manakala mangsa yang terselamat dihantar ke MRSM Kuala Lipis dengan menggunakan bas lain,” katanya.
Katanya, operasi ditamatkan pada jam 10.01 malam selepas keadaan dipastikan selamat.
Bas bawa pelajar, guru MRSM Kuala Lipis terbalik, lima cedera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.